BEBERAPA hari lalu tular satu tweet seorang netizen yang berhajat untuk berbaju Melayu lengkap semasa perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pemuda dikenali sebagai Mohd. Khairul Nizam Ariffin ada memuat naik satu tweet yang mendapat perhatian netizen di laman Twitter.
Menurutnya, dia akan memakai Baju Melayu lengkap bersampin ke Stadium Nasional Bukit Jalil jika Malaysia layak ke final.
Memandangkan Malaysia telah melayakkan diri ke final apabila berjaya menumpaskan pasukan Garuda pada 26 Ogos lalu, pemuda ini telah mengotakan janjinya.
‘Janji Ditepati,’ itu caption yang ditulis Nizam apabila dia benar-benar ke Stadium Bukit Jalil dengan memakai sepersalinan Baju Melayu berwarna merah jambu lengkap bersampin.
Dia juga memegang Jalur Gemilang lambang sokongan yang diberikan kepada skuad anak buah Ong Kim Swee itu.
Janji ditepati 🙂 pic.twitter.com/tdzONpElfG
— Nizam (@NizamArchibald) August 29, 2017
Dia telah berkongsi gambar tersebut di laman Twitternya dan telah mendapat 13,000 retweet dan lebih 9,000 likes.
Beberapa jam sebelum itu, Nizam ada memuat naik satu gambar di Twitternya sebagai teaser yang dia akan mengotakan janjinya pada malam semalam.
Terdahulu, Nizam ada menyatakan dengan menyarung baju kebangsaan itu, ia dapat mempromosikan budaya Malaysia secara tidak langsung kepada penyokong di rantau Asia Tenggara.
Sementara itu, pertembungan antara Harimau Muda dengan Gajah Perang malam tadi menyaksikan skuad negara terpaksa tunduk dengan jaringan gol 1-0 yang telah disempurnakan oleh Sasalak Haiprakhon pada minit ke-39.
Apa-apa pun syabas diucapkan kepada semua atlet Malaysia yang berjaya mendapatkan pingat sepanjang temasya dwitahunan ini berlangsung. Tahniah juga kepada Nizam kerana mengotakan janjinya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim