Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Di Thailand Kena Buat...

THAILAND sebelum ini pernah menjalankan peraturan unik di mana sesiapa yang ditangkap kerana...

Hanya 1 Hingga 2...

KUALA LUMPUR - Hanya 1.53 peratus daripada 32,368,076 panggilan kecemasan yang diterima melalui...

19 Barangan Skim Kawalan...

JELEBU - Sempena Aidilfitri tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan...

TPM Lancar Gerbang Internet...

KOTA BELUD - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Jihan Muse Umum Sedang Hamil Empat Bulan

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan comel Jihan Muse dan Ungku Hariz apabila Jihan bakal bergelar mummy dalam masa lima bulan lagi!

Syukur, Jihan yang telah berkahwin dengan Ungku Hariz pada Mac tahun lalu disahkan mengandung empat bulan!

Perkhabaran itu disahkan olehnya sendiri dalam rancangan MeleTOP yang dihoskannya semalam.

Menurut mommy-to-be ini, dia mengetahui dirinya sedang hamil ketika berada di kota cinta Paris semasa mereka suami isteri sedang menjalani pengambaran drama adaptasi novel Biniku Ninja.

“Kebetulan masa saya shooting Biniku Ninja, dalam cerita itu saya mengandung tapi saya pun tak tahu masa tu saya tengah mengandung,” katanya di dalam rancangan MeleTOP semalam.

Pada awal kehamilannya, Jihan mengakui mengalami alahan yang teruk.

“Masa awal-awal dulu mabuk teruk. Sekarang ni Alhamdulillah dah second trimester dah ok sikit dah boleh kerja dah,” tambahnya lagi.

Anak made in France ok 😂😂 hehehe. Memang rezekikan. Alhamdulillah! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on


Penyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga ini turut memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya yang menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada team Meletop dan fan club nya, Jihanizer atas kejutan yang diberikan semalam.

Jihan juga turut menyeru supaya netizen mendoakan yang terbaik buat diri, keluarga dan kawan-kawannya.

Rata-rata peminatnya juga turut gembira dengan perkhabaran artis kesayangan mereka ini dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami.

Tahniah diucapkan kepada Jihan dan suami! Semoga diberi kesihatan yang baik dan selamat menjalani detik-detik sembilan bulan ini dengan tenang! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori