Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Dipenjara &...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan seorang warga emas menggunakan kabel besi, seorang pemandu...

Hina ATM: Yew Yin...

IPOH - Ahli perniagaan, Koon Yew Yin hadir ke Balai Polis Jelapang di...

Petros Rancang Untuk Aktif...

MIRI - Petros, syarikat minyak dan gas dilmiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak...

Risiko Kebakaran Kampungan Atas...

KOTA KINABALU - Risiko kebakaran di perkampungan atas air dan kawasan setinggan di...

“Jihan Tak Ada Mengidam Apa-Apa” – Ungku Hariz

UMUM sudah tahu pelakon dan pelawak Jihan Muse kini sedang dalam fasa trimester kedua kandungan yang sudah masuk empat bulan.

Lazimnya pada peringkat ini ibu-ibu biasanya akan mula mengidam pelbagai makanan, namun tidak bagi Jihan, kongsi suaminya, aktor Ungku Hariz.

Kata Ungku Hariz, isterinya terpaksa berdepan dengan masalah morning sickness atau alahan yang agak teruk.

Selasa lalu, Jihan mengumumkan dia kini hamil empat bulan ketika menjadi pengacara menggantikan Neelofa dalam program hiburan Meletop bersama Nabil Ahmad.

Ungku Hariz berkata, walaupun tidak mengalami masalah mengidam dan meminta makanan pelik-pelik, tetapi waktu makan isterinya berubah-ubah dan tidak tentu masa.

“Apabila Jihan disahkan mengandung, perasaan saya bercampur baur dan reaksi saya pelbagai. Saya doakan Jihan dan anak dalam kandungan sihat dan selamat hingga dia bersalin,” katanya kepada BH Online.

Menurut Ungku Hariz, sepanjang awal kehamilan emosi Jihan juga tidak menentu terutama apabila dia memikirkan mengenai kontroversi dan beberapa isu berbangkit.


“Situasi itu juga agak membimbangkan saya. Apa pun, dalam berhadapan situasi sedemikian kami perlu sentiasa berhati-hati,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ungku Hariz mengharapkan semua pihak terutama peminat supaya mendoakan yang terbaik buat Jihan dan kandungannya.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Mac 2016. – MYNEWSHUB.CC

Kategori