Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Senarai Calon Hampir Selesai,...

KUALA LUMPUR - UMNO kini sudah berada dalam kedudukan bersiap sedia untuk menghadapi...

Daftar Masuk Dalam Talian...

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian...

Utamakan Mangsa yang Hilang...

KUALA LUMPUR - Mereka yang kehilangan rumah dan keseluruhan harta benda akibat dilanda...

Debat Terowong Dasar Laut...

GEORGE TOWN - Debat 'Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut' di Kompleks Masyarakat...

JKR Disaran Tingkat Ilmu Teknikal, Kejuruteraan Moden

KUALA LUMPUR – Warga Jabatan Kerja Raya (JKR) disaran meningkatkan ilmu berkaitan teknikal dan kejuruteraan terkini bagi mengimbangi keperluan negara selaras dengan agenda dan visi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya sentiasa menggalakkan warga JKR meneroka, membangun dan memanfaatkan teknologi terkini bagi menjana ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam dua bidang itu bagi manfaat negara pada masa depan.

“Mendepani dunia tanpa sempadan merupakan satu cabaran getir bagi kita warga teknikal kerana kita sekarang dalam dunia yang sedang berhijrah ke persekitaran digital sepenuhnya.

“Kita perlu mempelopori dan mengungguli kaedah-kaedah baharu berasaskan digital ini agar kita bukan sahaja sentiasa relevan, tetapi menjadi ‘The Preferred Implementation Agency (agensi pelaksana pilihan).”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia 2017 (HTK JKR) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Ir. Dr Roslan Md Taha.


Fadillah berkata bagi memastikan negara tidak ketandusan kepakaran bidang teknikal, kerajaan turut memberi penekanan kepada keperluan pendidikan industri teknikal dan kejuruteraan selain membangunkan modal insan dan mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Bagi meningkatkan kesedaran , beliau turut mencadangkan agar setiap hari Sabtu pertama Disember sebagai ‘Hari Profesion Teknikal Negara’, bagi menghargai dan memartabatkan profesionalisme teknikal.

HTK JKR yang julung kali dianjurkan JKR bertujuan menjadi platform kepada orang awam untuk mendapat informasi dan kesedaran tentang kepentingan aspek-aspek kejuruteraan dan teknikal dalam kehidupan seharian mereka dan bagi membangunkan negara.

Sebanyak 32 pempamer industri daripada pelbagai agensi menyertai pameran sempena HTK JKR itu. – BERNAMA

Kategori