Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Sedia Bantu...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan segala bantuan yang perlu kepada keluarga...

Belajar Sambil Teman Ibu...

BEIJING - Gambar menyayat hati seorang budak lelaki membuat kerja sekolah bermejakan tong...

Polis Cari Suspek Kes...

KUALA KRAI – Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan, Sultan Amir Najeem,...

1MDB: Ahmad Said Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan...

Johor Bersedia Jadi Kuasa Ekonomi Baharu

JOHOR BAHRU – Johor mempunyai potensi untuk menjadi kuasa ekonomi di Malaysia serta rantau ASEAN kerana negeri itu menerima pelaburan antara yang tertinggi di Malaysia.

Iklim perniagaan yang sihat dan kewujudan tenaga kerja berkualiti di negeri itu oleh penggiat industri akan menarik lebih banyak pelaburan asing pada masa depan, termasuk Amerika Syarikat (AS), kata Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

“Terdapat faktor tertentu yang pelabur AS pertimbangkan, termasuk iklim perniagaan, cukai serta perkhidmatan kerajaan ke kerajaan yang cekap, menyokong dan paling penting, membantu mereka memahami bagaimana untuk membuat pelaburan.

“Semua perkara ini perlu konsisten. Jika berlaku perubahan, mereka mahu mengadakan perundingan antara kerajaan dan syarikat mereka,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di sini, baru-baru ini.

Lakhdhir juga berkata, Johor mempunyai tenaga kerja mahir dan berdaya saing yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.


Berasaskan statistik Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri, Johor mencatat RM33.7 bilion dalam pelaburan asing daripada 2013 hingga 2016, di mana RM4.96 bilion adalah daripada syarikat AS.

Ini termasuk pelaburan dalam kelengkapan saintifik dan pengukuran, produk elektrik dan elektronik, jentera dan kelengkapan, kelengkapan pengangkutan, sektor pembuatan makanan, produk kimia serta getah. – BERNAMA

Kategori