Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pesara Guru Semai Semangat...

TUMPAT - Rasa cinta yang utuh kepada tanah air membuatkan seorang pesara guru...

Penjawat Awam Perak Terima...

IPOH - Kerajaan Perak hari ini mengumumkan bantuan kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak...

‘Pemilihan Kali Ini Bagi...

KUALA LUMPUR : Pemilihan UMNO kali ini bukan sekadar pertukaran kepimpinan namun memberi...

Saya Datang Hanya Untuk...

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Saari Sungib yang hadir pada sidang...

Indonesia Bakal Muncul Juara Sukan SEA – Jokowi

JAKARTA – Presiden Joko Widodo mahu atlet Indonesia membuktikan kesungguhan untuk muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur yang bermula pada 19 Ogos ini.

Media-media tempatan hari ini memetik Presiden Republik Indonesia itu sebagai berkata, atlet negara itu harus berusaha mengembalikan kecemerlangan kerana Indonesia pernah sepuluh kali menjadi juara keseluruhan temasya sukan itu.

“Ingatlah bahwa di sana saudara-saudara mewakili Indonesia, negara yang sudah 10 kali menjadi juara umum di SEA Games. Ini perlu diingatkan.

“Saya ucapkan selamat berjuang mengharumkan nama Indonesia, mengharumkan nama bangsa. Dari tanah air, saya akan menanti lagu Indonesia Raya berkumandang di SEA Games ke-29 dan bendera merah-putih berkibar mewakili kebanggaan bangsa Indonesia,” katanya pada majlis pelepasan atlet Indonesia ke Kuala Lumpur di Istana Presiden di sini semalam.

Katanya Sukan  SEA Kuala Lumpur tahun ini dianggap penting kerana ia sebagai pemangkin kepada Sukan Asia yang akan belangsung di Jakarta pada 2018.


Indonesia menghantar 533 atletnya untuk berentap dalam 37 acara sukan yang dipertandingkan.

Kerajaan Indonesia juga mengumumkan pemenang pingat emas Sukan SEA itu tidak akan menerima bonus wang tunai tetapi akan diberikan hadiah istimewa yang lebih bermanfaat untuk masa depan mereka. – BERNAMA

Kategori