KONTROVERSI rumah tangga pengusaha kosmetik terkenal, Joy Revfa menjadi semakin hangat apabila kakak dan bekas suaminya tampil mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya.
Biasalah bila permasalahan macam ni berlaku, masing-masing nak mempertahankan keluarga sendiri.
Baca: Rumah Tangga Goyah, Bekas Suami Joy Revfa Beri Komen
Walau bagaimanapun, Joy telah tampil bagi menjernihkan keadaan dengan memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi posting tersebut, Joy meminta agar semua pihak tidak perlu mendengar sebarang pendapat mahupun kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lain berikutan kemelut rumah tangganya dengan Hafiz Hamidun.
Joy menyatakan permasalahan yang menimpa rumah tangganya buat masa ini biarlah hanya kenyataan rasmi daripada dia sendiri dan Hafiz Hamidun yang menjadi jawapan bagi semua persoalan.
Posting yang mendapat lebih daripada 4,000 likes itu mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata antara mereka memberi semangat buat wanita ini.
Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Joy sebenarnya. Sepatutnya biarlah tuan badan sendiri yang menceritakan segalanya kerana hanya mereka yang alami.
Namun, nasihat untuk Joy, kalau boleh jangan lama sangat ambil masa untuk membuat penjelasan.
Bukan apa, biasalah zaman sekarang ni kan pantang sikit. Takutlah akan datang semakin banyak pula spekulasi tidak baik yang bertebaran.
Apa-apa pun all the best, Joy. Moga segalanya baik-baik je ya! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura