Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rumah Putih Desak Iran...

WASHINGTON - Rumah Putih semalam, mendesak Iran supaya membebaskan semua penunjuk perasaan yang...

Darjah Datuk Seri Diterima...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang mengumumkan gelaran Datuk Seri dikurniakan kepada ahli perniagaan...

Kejayaan Himpunan 812 Jadi...

HIMPUNAN umat yang berjaya dijalankan semalam wajar menjadi asas kepada kerjasama lebih rapat...

Larian Bendera UMNO, Program...

TAWAU - Solidariti anggota UMNO menjayakan pelbagai program termasuk Larian Bendera UMNO yang...

Julung Kali Sukan SEA Ada 3 Lagu Rasmi

LAGU ‘Bangkit Bersama‘ nyanyian penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, bakal diguna pakai sebagai lagu utama bagi keseluruhan temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Lagu hasil gubahan komposer terkenal, Datuk Ramli MS dan mempunyai lirik lagu yang turut melibatkan sumbangan daripada orang ramai itu dilancarkan Menteri Belia dan Sukan Khairy, Khairy Jamaluddin semalam.

Pelancaran itu juga melengkapkan tiga lagu tema dicipta bersempena temasya dwitahunan iaitu Tunjuk Belang nyanyian monoloQue, Azlan dan maliQue; serta ‘So Many Hands’ dendangan Miq Palencia untuk iklan rasmi.

“Temasya kali ini agak unik kerana kita ada tiga lagu yang akan dinyanyikan semasa upacara pembukaan, dua lagu dimainkan minggu lepas yang berentak rancak manakala lagu ketiga hari ini lebih bermakna kenegaraan.

“Secara peribadi, saya suka lagu ini dan ia agak subjektif, terpulang kepada cita rasa masing-masing. Yang penting mesej lirik lagu itu sampai kepada seluruh rakyat Malaysia kerana liriknya hasil daripada penyertaan seluruh rakyat.

“Nyanyikanlah dengan penuh rasa bangga agar semangat itu dapat dijelmakan untuk dikongsi bersama atlit,” kata Khairy selepas pelancaran lagu Bangkit Bersama dan pengumuman penajaan Pavilion terhadap KL2017.

Pusat beli-belah itu antara penaja baharu di bawah kategori penaja perak iaitu penajaan di antara RM1 juta ke RM3 juta yang merangkumi wang tunai, barangan dan sokongan pemasaran untuk mempromosikan jenama KL2017.

Melalui penajaannya, Pavilion menampilkan gimik tersendiri menerusi pameran 1,000 patung maskot rasmi RIMAU yang membanjiri kawasan pintu masuk utama pusat itu bermula hari ini hingga tamat temasya bulan depan.


Dalam pada itu, Khairy berkata jumlah penajaan KL2017 mencecah sekitar RM101.5 juta, iaitu 126 peratus melepasi sasaran dan berkata: “Kita amat berpuas hati dengan penajaan yang telah melepasi sasaran awal kita.”

Sementara itu, Ramli MS menjelaskan bahawa beliau mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan lagu Bangkit Bersama dan mendakwa: “Ramai yang memilih lirik untuk menang tapi saya pilih lirik untuk motivasi.

“Pada saya, rentak balada lebih kepada kelembutan, kita akan lebih faham (mesej menjasakan diri) berbanding kalau menggunakan nada tengking. Dengan kelembutan itu dapat menginsafkan,” katanya.

Dayang Nurfaizah yang diberi penghormatan mendendangkan lagu tema temasya tersebut pula berkata beliau berbangga kerana dipilih dan itu juga merupakan peluang sekali dalam kerjayanya sebagai penyanyi.

“Ini peluang sekali dalam seumur hidup dan ia datang dengan tanggungjawab kerana perlu memikirkan bagaimana untuk mengajak rakyat menyanyi bersama,” kata Dayang. – BERNAMA

Kategori