Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Arsenal Denda Szczesny RM100,000...

LONDON - Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dikenakan denda STG20,000 (RM100,000) kerana merokok...

24 Maut Bas Bertembung...

PUEBLA - Sekurang-kurangnya 24 terbunuh, manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung...

Program Tafsir Al-Quran Jadi...

KUALA LUMPUR - Program terjemahan dan tafsir al-Quran akan menjadi program teras yang...

Kerjasama Menyeluruh Tangani Isu...

BATANG KALI - Semua pihak perlu memberikan kerjasama menyeluruh bagi memberikan kesan positif...

Jumlah Korban Akibat Banjir Lumpur Cecah 499 Orang

BEIJING – Angka korban akibat banjir lumpur yang melanda Sierra Leone pada 14 Ogos lepas mencecah hampir 499 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber media tempatan.

Menurut akhbar Awoko, mangsa yang terkorban termasuk 162 lelaki, 163 wanita dan 156 kanak-kanak.

Hujan lebat mengakibatkan sebuah bukit di pinggir bandar Freetown, ibu negeri Sierra Leone runtuh sekaligus menyebabkan banjir lumpur, mengorbankan nyawa serta memusnahkan kediaman dan lebih 2,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Presiden Sierra Leone, Ernest Bai Koroma turut mengisytiharkan tujuh hari berkabung di seluruh negara mulai 15 Ogos.

Bencana itu turut mendapat perhatian dunia apabila negara seperti China, Maghribi, Ghana dan Emiriyah Arab Bersatu menghulurkan sumbangan kepada mangsa terjejas.


Menurut Kedutaan China di Sierra Leone, kerajaan negara itu memutuskan memberikan bantuan kemanusiaan AS$1 juta kepada Sierra Leone selain menghantar pasukan bantuan perubatan bagi membantu mengawal penularan wabak malaria dan penyakit jangkitan usus.

Bantuan makanan, khemah dan ubat-ubatan dari Maghribi dan sumbangan bernilai US$1 juta dari Ghana turut diterima. – BERNAMA

Kategori