Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Liga Malaysia: Simunic Dilantik...

IPOH - Jurulatih dari Croatia, Vjeran Simunic dipilih untuk melatih skuad bola sepak...

Maksud Sebenar Nama Bandar...

SETIAP nama bandar memiliki maksud dan sejarah tersendiri termasuk nama-nama bandar popular di...

Majlis Tahnik Anak Siti,...

AMPANG - Polis telah merakam keterangan 10 individu termasuk pemilik rumah dan penganjur...

Pemilik Telco Mengaku Bersalah...

IPOH - Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Menurun

MELAKA – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di Jasin dan Alor Gajah menurun sedikit kepada 183 orang setakat 8 pagi ini berbanding 198 orang malam tadi dan banjir semakin surut.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daerah Jasin masih mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 121 orang daripada 31 keluarga, manakala di daerah Alor Gajah 62 orang daripada 14 keluarga.

“Di Jasin, seramai 107 orang melibatkan 27 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan 14 orang daripada empat keluarga di Balai Raya Seri Mendapat.

“Bagi Alor Gajah, 13 orang melibatkan empat keluarga di Balai Raya Kampung Seri Jeram, 18 orang daripada lima keluarga di Tadika JAIM Kampung Pulau dan 31 orang daripada lima keluarga di SK Belimbing Dalam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Effendy, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata keadaan cuaca di Melaka pada ketika ini baik. – BERNAMA

Kategori