Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Saksi Kejadian...

JOHOR BAHRU - Polis mencari individu atau orang awam yang boleh memberi maklumat...

Covid-19: MKN Nafi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Malaysia dijangka berdepan kluster...

Apple Bakal Lancar Jam...

SYARIKAT telekomunikasi gergasi Apple Inc. merancang untuk melancarkan model jam pintar terbaru mereka...

PM Cadang Persefahaman Rentas...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan cadangan untuk melaksanakan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Menurun

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di Melaka menurun kepada 126 orang setakat 9 pagi ini berbanding 130 malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa daripada 33 keluarga itu masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan SK) Tehel dan Balai Raya Seri Mendapat di Jasin serta Balai Raya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

Seramai 107 orang daripada 27 keluarga ditempatkan di SK Tehel, 10 orang daripada tiga keluarga di Balai Raya Seri Mendapat dan Balai Raya Kampung Seri Jeram pula menempatkan sembilan orang daripada tiga keluarga, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka itu berkata setakat awal pagi ini keadaan cuaca dilaporkan dalam keadaan baik dan semua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya air di kawasan terlibat surut. – BERNAMA

Kategori