Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Satu Lagi Kertas Siasatan...

Kuala Lumpur : Satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan...

KJ Tuju Sajak ‘Melayu...

SAJAK "Melayu Mudah Lupa" sekali lagi bergema di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)...

Budak Ditinggal Sendirian, Ditemukan...

MIRI - Seakan filem pecah panggung 'Home Alone' pada 1990, apabila seorang budak...

Isnin Depan Penentu Nasib...

PETALING JAYA - Isnin depan, 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bakal menerima...

Jutaan Nyamuk Berbakteria Dibebaskan Cegah Denggi

RIO DE JANEIRO – Saintis Brazil mula melepaskan jutaan nyamuk pertama yang dijangkiti bakteria untuk mencegah serangga itu menyebarkan virus denggi kepada manusia.

Ribuan nyamuk Aedes aegypti yang membawa bakteria dibebaskan di depan wartawan oleh saintis dari institut Fiocruz di Rio de Janeiro.

Diharapkan nyamuk itu akan membiak dan menyebarkan bakteria sekali gus menghalang keupayaan populasi serangga berkenaan menyebarkan denggi dan virus lain termasuk Zika dan Chikungunya.

Saintis menyediakan projek berkenaan dan dibangunkan oleh penyelidik Australia yang mula meletakkan bakteria Wolbachia kepada nyamuk sejak tahun lepas.

Denggi menyebabkan demam, ruam, loya dan dalam beberapa kes boleh membawa maut manakala Zika menyebabkan kecacatan kelahiran serius.


Kebimbangan terhadap virus Zika pada 2016, menyebabkan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengisytiharkan kecemasan kesihatan antarabangsa yang berakhir November lepas.

Selain itu, Fiocruz turut merancang melepaskan 1.6 juta nyamuk dijangkiti seminggu dan kemudian ditambah kepada tiga juta. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Kategori