Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Samsung Bakal Lancar Galaxy...

SEOUL - Samsung Electronics Co, akan memulakan jualan telefon pintar terbaharunya Galaxy S8...

Thai Airways Bakal Perkenal...

BANGKOK - Thai Airways International (THAI) akan memulakan perkhidmatan laluan baharu ke Vienna,...

3 Negeri, 5 Daerah...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah,...

SENIMAN Buat Laporan Polis...

PERSATUAN Seniman Malaysia (SENIMAN) telah membuat laporan polis terhadap penyanyi Namewee, pada Khamis. Laporan polis itu...

Jutawan India Lunas RM17j Hutang 10,940 Banduan UAE

DUBAI – Seorang ahli perniagaan dari India membelanjakan 15 juta dirham (kira-kira RM17.5 juta) untuk melangsaikan hutang sejumlah 10,940 banduan penjara di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Firoz Merchant yang merupakan pengasas dan pengerusi rangkaian kedai emas terkenal, Pure Golden Jewellers itu melakukan amal jariah tersebut sejak 2008 terutama untuk banduan miskin menanggung banyak hutang kewangan.

Beliau yang berusia 59 tahun itu dipetik media tempatan sebagai berkata, dirinya tersentuh apabila mengetahui ada ramai banduan menjadi mangsa keadaan dan terpaksa dihukum penjara akibat gagal menjelaskan hutang tertentu.

“Mereka bukan penjenayah tetapi dihumban ke penjara kerana kurang mampu bayar hutang termasuk hukuman denda ekoran disabitkan kesalahan tertentu sehingga tidak dapat membersihkan nama mereka sendiri,” luahnya.

Usahawan itu yang memulakan perniagaan sejak 1989 kini memiliki aset bernilai lebih empat bilion dirham (kira-kira RM4.3 bilion) dengan menggaji sejumlah 5,000 pekerja di negara-negara rantau Teluk Parsi dan India.

Sikap pemurah Firoz mendapat perhatian pemerintah UAE apabila beliau menjadi warga asing pertama dalam sejarah menerima anugerah perkhidmatan komuniti berprestij tertinggi negara Arab tersebut di sini semalam.


Penghargaan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri UAE, Sheikh Saif bin Zayed Al-Nahyan, lapor portal berita berbahasa Inggeris, Arab News berpusat di Jeddah, Arab Saudi.

“Apa sahaja yang saya lakukan dan akan lakukan, ini demi cinta saya kepada UAE dan India. Memang saya mewakili India namun UAE ialah rumah kedua saya dan sedia buat apa sahaja untuk negara ini dan rakyatnya,” kata Feroz.

Sheikh Saif dalam dalam ucapannya bertitah, baginda berbangga dengan sikap dermawan warga India itu dan berharap lebih ramai ekspatriat pemurah dalam membina nilai hidup masyarakat negara tersebut yang lebih baik.

Feroz yang hijrah ke Dubai pada 1989 terkenal aktif program tanggungjawab sosial korporat di UAE malah rangkaian kedai emasnya pernah menang jenama terbaik lima tahun berturut-turut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori