Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib Dibawa Naiki Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya...

Suspek Pecah Kenderaan Ada...

SEREMBAN – Suspek utama warga Indonesia yang aktif dalam kes pecah kenderaan di...

Kelantan Pertaruh Pemain Import...

KELANTAN mempertaruhkan gandingan pemain import baharu menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Pemandu Bas Penyokong Kedah...

SHAH ALAM - Seorang pemandu bas yang membawa penyokong Kedah untuk menyaksikan perlawanan...

Kaji Semula Lesen Pukat Tunda Jejas Nelayan Pantai

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengawal aktiviti nelayan laut dalam yang menggunakan pukat tunda bagi memastikan kegiatan mereka tidak menjejaskan nelayan pesisir pantai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Katanya pemberian lesen kepada nelayan laut dalam terbabit juga perlu dikaji semula agar penggunaan pukat tunda dapat dikawal.

“Kita sedar masalah nelayan tempatan, terutamanya nelayan tradisional… ada antara kapal dan bot yang terbabit dalam aktiviti menangkap ikan laut dalam merosakkan bubu atau pukat hingga mendatangkan kerugian kepada golongan nelayan pesisir pantai.

“Untuk memastikan ia tidak berlaku lebih kerap, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan meminta mereka melakukan rondaan serta pemantauan lebih kerap,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Shafik Fauzan menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohamed Fuzi Sh Ali (BN-Peramu Jaya) yang ingin tahu langkah yang sudah dan sedang diambil kerajaan bagi membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram hingga mengakibatkan hasil tangkapan nelayan merosot.

Sh Mohamed Fuzi dalam soalannya mendakwa bermula Januari hingga akhir Julai lalu, nelayan di Kuala Pahang kerugian lebih RM600,000 dan telah membuat 30 laporan polis berkaitan pencerobohan nelayan asing di kawasan itu.

Merujuk kepada pencerobohan nelayan asing, Shafik Fauzan berkata pada tahun lalu, Pusat Operasi Wilayah Maritim Timur menerima 12 aduan berkaitan pencerobohan kawasan di perairan Kuala Pahang dan APMM Daerah Maritim 8 (Pahang) telah menugaskan tiga aset mereka membuat pemantauan di situ.


“Sebanyak 702 pemeriksaan juga telah dilakukan di daerah Maritim 8 dan daripada jumlah itu 155 pemeriksaan dilakukan di Kuala Pahang dengan 16 tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Shafik Fauzan secara peribadi berpendapat kegiatan pencerobohan nelayan asing semakin berleluasa disebabkan pemilik bot warga tempatan mengaji awak-awak warga asing kerana penduduk tempatan kurang berminat untuk menjadi nelayan laut dalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang menjawab soalan Leong Yu Man (DAP-Triang) menjelaskan kelewatan pembinaan rumah rehat Bera adalah disebabkan struktur tanahnya yang rendah.

Beliau berkata projek itu yang sepatutnya siap pada November 2016 kini telah dilaksanakan sebanyak 70 peratus kerana pelan struktur perlu diubah semula untuk disesuaikan dengan tapak tanah yang mendap.

“Apabila perunding yang dilantik menyedari masalah ini, mereka perlu melakukan kajian semula. Kelewatan yang berlaku disebabkan tapak tanah, bukannya disebabkan bangunan atau masalah kontraktor.

“Bagi kos keseluruhan projek ialah RM487,000 dan setakat in, kos yang dimohon untuk tuntutan bayaran pertama pada Julai 2017 ialah sebanyak RM32,445 sahaja kerana pelan bangunan perlu diubah semula,” katanya. – BERNAMA

Kategori