Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Mudah Percaya Fitnah...

KUALA LUMPUR - Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat di...

9 Kawasan Catat Udara...

KUALA LUMPUR - Kawasan yang mengalami bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Doktor Disanjung, Sanggup Jaga...

DR. Muir Wallace tiba-tiba diangkat sebagai `hero' di media sosial. Semuanya gara-gara kesungguhannya...

Barangan Keperluan Mencukupi Sehingga...

PUTRAJAYA - Bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri...

“Kami Tak Arah Afifah Dekati Aliff” – Pihak Produksi

PENGARAH drama Izinkan Aku Mencintaimu menidakkan dakwaan Afifah Nasir kononnya dia dipergunakan oleh pihak produksi untuk memujuk dan melayan kerenah Aliff Aziz supaya penggambaran berjalan dengan lancar.

Pengarah tersebut, Manchi atau nama sebenarnya, Mansor Akob berkata, dia tidak pernah memberikan arahan seperti itu di lokasi sepanjang penggambaran.

“Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat.

“Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik,” katanya dalam laporan BH Online, hari ini.

Menyentuh tentang insiden yang berlaku di sebuah pusat karaoke di One Shamelin, Cheras yang melibatkan Aliff, isterinya Bella Astillah dan Afifah 27 Julai lalu, Manchi berkata dia tidak tahu tentang hal itu sehinggalah dimaklumkan oleh pihak produksi.

“Saya tak tahu mengenai perancangan di pusat karaoke itu,” katanya.


Semasa sidang akhbar yang diadakan Isnin lalu, Afifah mendakwa insiden di pusat karaoke itu adalah atas urusan kerja.

Katanya, dia hanya setuju untuk ke pusat karaoke itu atas pujukan pihak produksi daram berkenaan.

Namun, Aliff menyangkal dakwaan itu serta menyifatkan kenyataan Afifah sebagai mengarut dan tidak logik. – MYNEWSHUB.CC

Kategori