Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Doktor HSNZ Ditemukan Mati...

KUALA TERENGGANU - Seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah...

Peraturan, Perintah Tetap DUN...

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Peraturan-peraturan dan...

Penagih Kokain Bodoh Hubungi...

OHIO - Seorang lelaki ditangkap atas tuduhan berkait dengan dadah selepas dia menghubungi...

PABM Angkat Bahasa Melayu...

PUTRAJAYA - Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi...

“Kami Tak Pernah ‘Bersama’ Selama Berkahwin” – Hafiz

MESKIPUN telah berkahwin, penyanyi Hafiz Hamidun akui dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, Joy Revfa sejak bernikah pada 1 Mei lalu.

Hafiz, 33, berkata, dia bertindak demikian oleh kerana meragui status wanita berkenaan yang tidak menyerahkan sijil perceraian sehingga tarikh mereka diijabkabul.

“Kami tidak pernah mengadakan hubungan kelamin, saya tidak sentuh dia kerana sejak hari pertama kami berkahwin sudah ada keraguan.

“Sejak bernikah kami tinggal berasingan kerana saya sentiasa berfikir tentang masalah dikemudian hari,” ujarnya kepada mStar Online.

Baca: Hafiz Terang Situasi Sebenar Mengapa Bubar Perkahwinan

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini tampil bagi membuat penjelasan berkaitan kemelut rumah tangga dengan Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, dalam satu temu bual yang turut diadakan secara langsung melalui Insta Live di Instagram.

Bagaimana pun, Joy dalam kenyataannya berkata mereka sudah ‘bersama’ dan berbulan madu namun Hafiz tidak mempedulikannya selepas itu.


Hafiz dan Joy Revfa berkahwin pada 1 Mei lalu namun tidak sampai sebulan pernikahan mereka telah diuji dengan keraguan yang timbul akibat kes perceraian perkahwinan pertamanya yang belum selesai selepas mengahwini Hafiz.

Oleh itu, Hafiz mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan bubar nikah atau faraq pada Isnin, 21 Ogos namun gagal berbuat demikian apabila Joy telah terlebih dahulu melakukan perkara yang sama pada Jumaat, 17 Ogos lalu. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori