Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Labur RM10...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi pemasangan kemudahan...

Sagu Hati Khas RM2,000...

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Bekas CEO Sapura Energy...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan mempertahankan...

Adi Putra Tayang IC,...

STATUS kerakyatannya sering menjadi buah mulut orang ramai. Malah, pelakon, Datuk Adi Putra...

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Disengat Tebuan

DUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal manakala kakaknya kritikal selepas mereka disengat tebuan ketika bermain di depan rumah, petang semalam.

Mangsa, Iffriah Darwisha Abdul Wahab Al Hadi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kanak-Kanak, Hospital Dungun, kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Kakaknya, Irdina Batrisyia, 8, kritikal dan dikejarkan ke Hospital Kuala Terengganu dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kedua-dua mangsa dikatakan bermain di depan rumah bersama seorang lagi saudara mereka, Izzat Al Haziq, 6, sebelum diserang kumpulan tebuan yang keluar dari semak berhampiran.

Bagaimanapun, Izzat dapat melarikan diri dan pulang ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada ibunya, Zuriati Abdul Ghafar, 35.


Ibu saudara mangsa, Zuraida Abdul Ghafar, 37, berkata anak saudaranya itu menjerit kesakitan sebelum dibawa bapa mereka Sudin Ibrahim, 49, ke Hospital Dungun.

Mangsa diberi rawatan kecemasan sebelum dimasukkan ke wad dan tetapi meninggal dunia jam 10.30 malam.

“Irdina kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Terengganu pada kira-kira jam 1 pagi tadi,” katanya. – BHonline

Video sekadar hiasan…

Kategori