Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kahwin Despatch – Luahan...

MUNGKIN niat penulis dan penyanyi, Fynn Jamal berkongsi kisah bagaimana dia berkahwin dengan...

PRK Pengkalan Kubor: Proses...

TUMPAT - Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Peningkatan Suhu Fenomena El...

KUALA LUMPUR - Fenomena El Nino yang menyebabkan peningkatan suhu yang melanda negara...

757 Kebakaran Hutan, Terbuka...

KOTA BHARU - Kelantan mencatat sejumlah 757 kebakaran hutan dan terbuka pada tahun...

Kanak-Kanak Bangga Lahir 31 Ogos

MELAKA – Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan dua kanak-kanak Muhammad Afiq Aisy Muhd Rashid, 10, dan Airisnur Syifaa’durratul Dhia Alimshah, 5, bangga berkongsi hari bersejarah itu dengan tarikh mereka dilahirkan iaitu 31 Ogos.

Muhammad Afiq Aisy, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru berkata dia hanya mengetahui dirinya lahir pada hari negara ini diumumkan merdeka semasa berumur tujuh tahun.

“Saya mula mengetahui betapa bertuahnya lahir pada 31 Ogos ketika tahun satu apabila dimaklumkan oleh cikgu yang mengajar ketika itu.

“Bermula dari situ, saya berasa amat bersyukur dan bangga kerana dilahirkan pada hari bersejarah negara,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program Sambutan Anak Merdeka 2017 di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Bandar Hilir di sini hari ini.

Majlis anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang meraikan 18 anak Melaka yang dilahirkan pada 31 Ogos itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, isterinya Datin Seri Fadillah Abdullah dan Pengurus Besar PERZIM Datuk Khamis Abas.

Muhammad Afiq Aisy yang lahir di Hospital Melaka berkata seawal 6 pagi beliau sudah bangun dan memakai baju Melayu beserta songkok yang dijahit oleh ibunya dengan menggunakan Jalur Gemilang.

“Ini kali pertama saya menyertai program ini dan berasa gembira kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan dari seluruh Melaka yang berkongsi tarikh lahir sama,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.


Turut berkongsi semangat sama, Hafizah Mohd Noh, 33, seorang penjawat awam berkata beliau sanggup memandu sejauh 80 kilometer pergi dan balik dari rumahnya di Jasin ke Bandar Hilir untuk meraikan hari lahir anaknya Airisnur Syifaa’durratul Dhia dan Hari Kemerdekaan.

“Peluang ini saya tidak akan lepaskan kerana dua sambutan ini hanya diraikan setahun sekali dan dalam masa sama saya dapat mendidik anak saya sejak kecil agar memahami dan menghargai erti kemerdekaan,” kata ibu tiga anak itu.

Airisnur Syifaa’durratul Dhia, murid Tadika Kemas Kesang Jaya, Jasin berkata beliau sangat teruja apabila dipakaikan gaun yang diperbuat dari Jalur Gemilang dan dijahit oleh ibunya sendiri.

Sementara itu, Khamis berkata program tahunan tersebut diadakan bertujuan meraikan masyarakat negeri ini yang menyambut kelahiran pada Hari Kemerdekaan setiap tahun.

“Selain itu, objektif program ini adalah untuk memupuk semangat cinta dan sayangkan negara dalam kalangan rakyat terutama generasi muda dan kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Kategori