Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong Ziarah Jenazah Bekas...

ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Bukan Semua Sate Tulang...

SEREMBAN - Kes sebuah premis memproses sate tulang Jelebu di sini yang diarah...

Remaja Maut Terkena Renjatan...

KUANTAN - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik...

RM32 Juta Untuk Selesaikan...

KUCHING - Sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah banjir akibat fenomena air...

Kanak-kanak Perlu Disemai Semangat Cintakan Negara

BACHOK – Semangat cintakan tanah air perlu disemai di kalangan kanak-kanak  supaya generasi masa depan mempunyai semangat jati diri yang tinggi dan tidak mudah  dipengaruhi unsur negatif terhadap kemerdekaan negara.

Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata usaha itu perlu dimulakan daripada sekarang kerana dibimbangi generasi akan datang semangatnya akan luntur dalam suasana global yang semakin mencabar.

“Sekarang kita lihat semangat cintakan negara di kalangan anak-anak muda semakin luntur kerana kurangnya pendedahan betapa pentingnya semangat cintakan negara,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 di Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan di sini, hari ini.

Kembara berkenaan yang disertai 150 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) membabitkan 50 buah kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan pacuan empat roda.

Konvoi berkenaan dalam misi menjelajah ke seluruh semenanjung Malaysia yang bermula dari Batu Pahat, Johor 8 Ogos lalu, tiba di sini dari Besut, Terengganu pada pukul 5 petang tadi dan akan menjelajah negeri ini sebelum meneruskan perjalanan ke Perak esok.


Awang Adek yang juga Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, berkata golongan muda sekarang yang diberi peluang melanjutkan pengajian di luar negara akan terdedah dengan pelbagai maklumat termasuk yang negatif.

“Tanpa semangat jati diri yang mendalam, kita bimbang mereka akan mudah terpengaruh dengan maklumat tanpa sempadan itu dan ini boleh memberi impak terhadap keharmonian negara,” katanya.

Sementara itu, ketua konvoi berkenaan Mohamad Fatkhul Hatta Rohiki berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk orang ramai yang turut mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang laluan dari Johor ke Kelantan. – BERNAMA

Kategori