Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

CuepacsCare, CuepacsPA Pelan Takaful...

PERKEMBANGAN industri takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an hasil daripada keperluan umat...

PAN Terengganu Turun Padang...

KEMAMAN – Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu akan menggerakkan lebih 100 anggotanya bagi...

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas...

TEMERLOH : Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan...

Man United Bertafakur Tribute...

KELAB bola sepak Manchester United memberi penghormatan kepada mangsa serangan bom Manchester Arena...

Kanibal Serah Diri, Dah ‘Penat’ Makan Manusia

SEORANG lelaki dari Afrika Selatan yang disyaki memakan daging manusia akhirnya ‘mengaku kalah’ apabila menyerah diri kepada pihak polis, baru-baru ini.

Suspek yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional itu dilapor menyerah diri dengan datang sendiri ke balai polis berhampiran kediamannya sambil membuat pengakuan, “Saya dah penat makan daging manusia.”

Pihak polis mengesahkan perkara tersebut dan sebaik mendengar pengakuan lelaki itu, mereka terus membuat pemeriksaan di rumahnya sebelum menemui beberapa keratan bahagian badan manusia.

Rumah suspek.

Dalam penyiasatan, pihak polis mendapati suspek merogol dan kemudiannya membunuh kesemua mangsa perempuannya sebelum makan daging mereka.

Suspek turut mendedahkan kegiatannya itu turut didalangi bersama dua rakannya. Kesemua tiga suspek telah pun disabitkan dakwaan di atas jenayah yang dilakukan mereka dan perbicaraan mengenai kes ini akan berlangsung dalam masa terdekat.


Buat masa ini, pihak polis masih lagi menyiasat senarai wanita yang telah menjadi mangsa korban ketiga-tiga kanibal tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori