Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hospital Sungai Buloh Cari...

KUALA LUMPUR - Hospital Sungai Buloh sedang mengesan waris seorang pesakit dikenali sebagai...

Pasangan Bagi Anak Angkat...

KISAH mengenai sepasang suami isteri memberi makan mulut ke mulut kepada anak angkat perempuan...

Lelaki Mati Ditembak Pada...

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan kira-kira 12 kesan...

Wahab Buat Laporan Polis...

KAJANG: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, mendedahkan...

Kapal TLDM Lengkap ‘Missile’ Kawal Dekat Batu Puteh

JOHOR BAHRU – Buat pertama kali, sebuah kapal perang lengkap dengan peluru berpandu dikerah menuju ke pangkalan baharu maritim di Batuan Tengah, yang terletak berdekatan Batu Puteh.

KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu selamat tiba di Pangkalan Maritim Abu Bakar, yang terletak hanya satu kilometer dari selatan Batu Puteh, pulau kecil kontroversi dan dikuasai Singapura sejak 2008.

Kapal sepanjang 44 meter dengan persenjataan peluru berpandu yang berupaya melancarkan siri serangan secara pantas itu dibina oleh sebuah syarikat perkapalan tentera dari Perancis dan mula ditauliah berlayar pada 1972 lalu.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan pengerahan kapal itu apabila memuat naik gambar ketibaan KD Perdana di pangkalan moden tersebut menerusi akaun Facebook.

“Tahniah KD Perdana, kapal pertama TLDM yang berlabuh di Pangkalan Maritim Abu Bakar di Batuan Tengah,” menurut catatan beliau pada 10 Ogos lalu namun tidak menyatakan bilakah tarikh sebenar kapal itu dikerahkan.

Baca: Kisah Sultan Johor Rasmi Pangkalan Dekat Batu Puteh

Agensi berita MediaCorp Singapura melaporkan, KD Perdana dan beberapa buah kapal TLDM lain pernah dikerah membuat rondaan di kawasan tersebut sebelum pangkalan canggih di Batuan Tengah itu siap pada tahun lepas.

Batu Puteh atau dirujuk Singapura sebagai Pedra Branca disahkan sebagai milik rasmi Singapura oleh Mahkamah Kehakiman Antarabangsa (ICJ) pada 2008. Keputusan itu kini dicabar oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Pengerahan kapal perang itu dilakukan beberapa hari selepas Pangkalan Maritim Abu Bakar yang terletak 7.9 batu nautika dari Kota Tinggi dibuka secara rasmi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada 1 Ogos lalu.

Pangkalan itu yang dibina antara dua kelompok batu besar di bahagian timur Selat Singapura, dilengkapi dengan jeti sepanjang 316 meter, tapak pendaratan helikopter dan dua bangunan konkrit termasuk sebuah rumah api.


Foto dimuat naik Ahmad Kamarulzaman juga menunjukkan pengawal bersenjata di dek pemantauan serta sistem komunikasi yang dipasang peralatan canggih, menurut laporan jurnal Defence Weekly IHS Jane pada 11 Ogos.

Catatan menerusi laman Facebook Sultan Johor awal bulan ini, menyatakan pangkalan itu ialah projek di bawah naungan Majlis Keselamatan Negara, “bertujuan untuk melindungi wilayah dan perairan berdaulat Malaysia.”

Sultan Ibrahim melalui catatan tersebut menambah, selain dapat menjalankan kajian saintifik marin, Pangkalan Maritim Abu Bakar itu juga bertujuan mengesahkan “status kedaulatan Malaysia ke atas Batuan Tengah”.

Pada 30 Jun lalu, Malaysia memfailkan permohonan baharu kepada ICJ di The Hague, Belanda untuk mencabar keputusannya berhubung hak kedaulatan Batu Puteh yang disahkan konon sebagai milik rasmi Singapura.

Pertikaian Batu Puteh sudah bermula sejak 1979, apabila Malaysia menerbitkan peta rasmi yang menunjukkan pulau itu terletak dalam perairan negaranya sebelum Singapura membuat aduan bantahan rasmi pada 1980.

Kerajaan Malaysia menyatakan langkah itu perlu diambil supaya kedua-dua negara boleh mengekalkan jalinan hubungan yang baik dalam menguruskan zon-zon maritim dan ruang udara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori