Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Ashraf Mungkin Kekejangan, Diserang...

GOPENG - Dua laluan yang memungkinkan mangsa tersasar jauh daripada trek atau diserang...

Imigresen Kedah Tahan 21...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Dazrin Sah Suami Ketua...

MELAKA - Pelakon kacak, Dazrin Kamarudin selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang...

Euro 2020: Rekod Itali...

LONDON - Itali mencipta sejarah baru dalam bola sepak mereka apabila melebarkan rekod...

Kawasan SAR Kelasi USS 100 Batu Nautika Persegi

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika Syarikat USS John S McCain yang hilang rentetan pertembungan dengan sebuah kapal dagang, melibatkan kawasan seluas 100 batu nautika persegi, di perairan Teluk Ramunia, Johor.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata operasi bermula pada pukul 8.45 pagi hari ini membabitkan lapan aset laut dan sebuah aset udara Malaysia serta sebuah aset udara milik USS untuk digerakkan ke empat sektor operasi.

Beliau berkata insiden berlaku pada kira-kira 5.40 pagi dan USS John S McCain memaklumkan mengenai perkara itu kepada KD Handalan, sebelum kapal TLDM itu menghubungi pusat operasi APMM Johor Bahru pada pukul 8 pagi.

Beliau berkata agensi yang turut terlibat dalam SAR itu ialah Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Marin dan Jabatan Laut Malaysia.

“Operasi dibahagikan kepada empat sektor dengan APMM mencari di sektor A dan C, manakala sektor B oleh TLDM dan sektor D oleh pasukan Polis Marin,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Antara aset APMM yang digerakkan untuk SAR itu ialah kapal KM Mulia dan dua buah bot iaitu Petir 12 dan Penggalang 39 daripada Wilayah Maritim Selatan, katanya.

USS John S McCain dilaporkan berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia, menyebabkan lima anak kapalnya cedera, manakala 10 orang lagi jatuh ke dalam laut dan hilang.

Zulkifli berkata kapal pemusnah itu mengalami kerosakan pada bahagian sebelah lambung kiri dan meneruskan pelayaran ke Changi Navy Base, Singapura ekoran kerosakan itu.

“Kapal dagang Alnic MC turut berlayar ke pengkalan yang sama untuk siasatan lanjut. Tiada tumpahan minyak dilaporkan di lokasi kejadian,” katanya.

Mengenai cuaca di kawasan itu, beliau berkata ombak adalah setinggi 0.5 hingga 1.5 meter yang dianggap agak mencabar bagi individu berada dalam laut tanpa jaket keselamatan.


Ditanya mengenai kenyataan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) bahawa kejadian itu berlaku dalam perairan negara itu dan Malaysia tidak terlibat dalam SAR, Zulkifli menafikan kenyataan berkenaan dan berkata kawasan insiden masih dalam perairan Malaysia.

“Kawasan insiden adalah 4.5 batu nautika dari perairan Teluk Ramunia dan berdekatan dengan Abu Bakar Maritime Base di Batuan Tengah,” katanya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata APMM akan menghubungi pihak Singapura bagi memastikan tidak berlaku sebarang pertembungan antara aset di kawasan pencarian, memandangkan negara itu menjalankan SAR secara berasingan.

Tambahnya Singapura telah menggerakkan aset laut mereka seperti RSS Gallant dan RSS Resilience daripada Singapore Navy dan Basking Shark daripada Singapore Police Coast Guard, manakala pihak Indonesia turut menyertai misi SAR dengan menghantar KRI Parang dan KRI Cucuk daripada Tentera Laut Indonesia.

“Buat masa ini, kita tidak perlu mempertikaikan sama ada kejadian berlaku dalam kawasan perairan negara mana kerana apa yang penting adalah mencari 10 kru kapal yang hilang,” katanya.

Ditanya sama ada kesibukan laluan kapal di perairan itu menyebabkan insiden tersebut berlaku, beliau berkata ia tidak mustahil memandangkan tidak kurang daripada 80,000 kapal menggunakan laluan itu dalam setahun. – BERNAMA

Kategori