Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Konfederasi Hoki Malaysia Hilang...

KUALA LUMPUR - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bakal hilang khidmat K.Logan Raj selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) yang...

Zoo Seluruh Negara Perlu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM8 juta diperlukan 14 zoo dan 20 pusat Pameran Tetap...

Agong Berkenan Terima Raket...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Polis Buru Datuk Seri...

KUALA LUMPUR - Polis memburu suspek utama sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk...

Keadaan Banjir Di Melaka Semakin Pulih

MELAKA – Keadaan banjir di Melaka semakin menunjukkan baik apabila ramai mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Sehingga 8 pagi hari ini, jumlah mangsa menurun kepada 60 orang daripada 17 keluarga berbanding 66 orang daripada 18 keluarga malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali bagaimanapun berkata orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga akibat hujan sederhana lebat yang berterusan sejak malam tadi.

“Mereka yang dibenarkan pulang ialah mangsa yang berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin menjadikan jumlah kesemuanya di pusat itu kini 43 mangsa manakala mangsa di dua lagi pusat pemindahan kekal sama iaitu tujuh mangsa daripada dua keluarga di Balairaya Seri Mendapat, Jasin dan 10 mangsa daripada tiga keluarga di Balai Raya Kampung Seri Jeram, Alor Gajah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata beliau menerima laporan hujan turun berterusan sejak malam tadi di beberapa kawasan negeri ini dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.

“Jika kawasan anda dinaiki air dan diarah berpindah, mohon patuhi arahan pihak berkuasa. Kawal anak-anak untuk elak perkara yang tidak diingini,” katanya menerusi catatan akaun Facebooknya. – BERNAMA

Kategori