Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan Dua Beradik...

KUALA NERANG – Polis menahan dua beradik dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah...

Rakyat Kelantan Masih Kuat...

KUALA KRAI telah diselaputi debu tebal yang disebabkan oleh kenderaan yang bergerak melalui...

Terowong Dasar Laut: Dua...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang sudah menghantar surat peringatan kepada dua agensi penting...

Imigresen Selangor Tahan 160...

SHAH ALAM - Dua kanak-kanak antara 160 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang...

Kecewa Cinta, Budak 12 Tahun Nekad Bunuh Diri

SEORANG budak perempuan berusia 12 tahun ditemui mati bunuh diri di kediamannya di Dagupan, Filipina baru-baru ini.

Memetik laporan Philippines Daily Inquirer, mangsa yang dikenali sebagai Naomih Lee Caromongan ditemui tergantung dalam bilik tidur oleh abangnya pada jam 4.30 petang.

Gadis itu dipercayai membelit lehernya dengan kelambu yang digantung pada siling.

Pihak polis turut menemui sebuah buku catatan milik mangsa yang dijumpai di tempat kejadian.

Berdasarkan catatan dalam diari tersebut, gadis itu dipercayai menghidap penyakit kemurungan selepas jatuh cinta pada seorang remaja lelaki yang sudah mempunyai teman wanita.


Disebabkan kecewa dengan hal tersebut, mangsa dipercayai nekad mengambil nyawanya sendiri dengan menggantung diri.

Susulan kejadian itu, pakar perubatan psikologi menyeru ibu bapa agar memberi lebih perhatian terhadap anak masing-masing dan kenal pasti sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda kemurungan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori