Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PDRM Naik Taraf 22...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menaik taraf 22 balai di...

Kesukarelawan Mampu Bentuk Jati...

NILAI – Budaya kesukarelawan dalam kalangan generasi muda perlu diperhebatkan kerana ia mampu...

Jambatan Bulatan Mergastua Ke...

KUALA LUMPUR - Pembukaan jambatan baharu yang menghubungkan Bulatan Mergastua ke Jalan 1/40...

Jerebu: Tutup Taska Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengusaha Taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan pusat-pusat jagaan diminta mendapatkan...

Kecoh Kebakaran Di Lapangan Terbang Barcelona

SATU kebakaran besar berlaku dekat Lapangan Terbang El Prat di Barcelona pada Jumaat, mengakibatkan kepulan asap tebal menyelubungi landasan.

Menurut saksi yang memuat naik beberapa gambar di media sosial, kepulan asap hitam itu dilihat dekat sebuah gudang berhampiran dengan terminal lapangan terbang selepas pukul 5 petang (11 malam waktu Malaysia).

Menurut media tempatan, tiga jentera bomba dan sebuah helikopter digerakkan untuk memadamkan kebakaran.

Pihak berkuasa menerusi kenyataan di Twitter memberitahu salah satu daripada tiga landasan lapangan terbang terpaksa ditutup, mengakibatkan kelewatan penerbangan.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.


Insiden kebakaran berlaku selepas dua serangan pengganas di Barcelona dan dekat Cambrills yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan 130 mangsa.

Dalam kejadian di Las Ramblas, sebuah van putih melanggar orang ramai di kawasan tumpuan pelancong itu pada petang Khamis. – Mail Online/mStar Online

Kategori