Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Zarina Anjoulie Nekad Bertudung...

PELAKON drama Anak Potianak, Zarina Anjoulie yang sering terpalit dengan kontroversi panas dan...

PKR Yakin Sokongan Rakyat...

KLUANG: PKR Johor yakin sokongan rakyat negeri ini terhadap Pakatan Harapan (PH) masih...

DAP Bengang Bersih 5...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang kerana ramai beranggapan perhimpunan...

Siren Amaran Awal Tsunami...

TAWAU - Siren Amaran Awal Tsunami yang dipasang di pekarangan Masjid Al-Kauthar di...

Kehadiran Ramai Pelancong ASEAN Trend Positif

KUALA LUMPUR – Malaysia menerima kedatangan 5.03 juta pelawat dari negara-negara  ASEAN pada suku pertama 2017, tambahan 2.4 peratus dari tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ini merupakan trend menggalakkan ke arah mencapai sasaran  23.1 juta pelancong ASEAN tahun ini, kata beliau, sambil menyatakan rantau ini kekal menjadi penyumbang terbesar ketibaan pelancong ke negara ini.

Pada 2016, katanya, 20.3 juta pelancong dari ASEAN melawat Malaysia, terdiri 75.8 peratus dari jumlah ketibaan 26.8 juta pelancong ke negara ini.

“Penerimaan pelancongan dari pasaran ASEAN berjumlah RM56.2 bilion, merupakan 68.4 peratus dari  jumlah pada 2016,” kata beliau pada pelancaran media ‘Minggu Fesyen KL (KLFW) Siap untuk Dipakai 2017’ di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata jumlah dibelanjakan pelancong untuk membeli belah turut meningkat, kepada   RM26.03 bilion pada 2016 dari RM21.63 bilion pada 2015, meningkat 20.3 peratus.


Mengenai KLFW itu dijadualkan 16 hingga 20 Ogos di Pavilion Shopping Mall di  Bukit Bintang di sini, timbalan menteri itu berkata acara itu akan menyaksikan kira-kira 150 pereka menampilkan koleksi mereka.

“Tahun lepas, KLFW menarik kunjungan lebih 100,000 orang dalam tempoh lima hari dan saya harap kita dapat atasi angka tersebut, kata pengasas KLWF Ready-to-Wear  Andrew Tan  kepada Bernama  mengenai pertunjukan itu yang masuk tahun kelima.

Tan berkata ia akan mengetengahkan pereka fesyen jemputan antarabangsa dari  Australia, China, India, Jepun, Filipina dan Korea Selatan yang akan menyertai dialog kreatif dengan pereka tempatan dengan matlamat mempromosi mereka di peringkat antabangsa. – BERNAMA

Kategori