Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hajiji Umum Bakal Lancar...

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, mengumumkan bakal...

Jualan Jimat Belanja Aidilfitri...

PORT DICKSON - Program jualan khas seperti Jualan Jimat Belanja Aidilfitri (JJBA) di...

Anzalna Rahsiakan Tarikh Nikah,...

PELAKON jelita Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi...

Honda Malaysia Catat Pendaftaran...

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia merekodkan pendaftaran tertinggi kereta jenama itu pada Julai,...

Kelasi Kapal Tongkang Dikhuatiri Lemas Di Miri

MIRI – Seorang kelasi kapal tongkang dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam sungai Baram ketika berjalan di atas titi yang digunakan untuk menyeberangi tongkang dalam kejadian pada Ahad lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata mangsa Suhaili Jali, 54, seorang rakyat tempatan, kali terakhir dilihat oleh rakannya seorang warganegara Indonesia pada 8 malam Ahad lepas di sebuah kilang kayu di Kuala Baram.

“Laporan polis mengenai kehilangan mangsa dibuat pada pukul 11.52 malam tadi,” katanya di sini hari ini.

Law berkata, sebelum laporan polis dibuat, usaha mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh rakan mangsa mulai 8 pagi hingga 6 petang semalam namun gagal menemui mangsa.

Menurutnya lagi, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan sejak malam tadi dan awal pagi ini untuk mencari mangsa. – BERNAMA

Kategori