Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Selangor Kempunan Tiada Stadium...

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, hajat Selangor menjadikan Stadium Nasional, di Bukit Jalil,...

Masjid Di Kedah Diminta...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan...

Lelaki Sedang Memikat Burung...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang dikatakan sedang memikat burung berhampiran sungai di...

Kerajaan N.Sembilan Sumbang Sanitiser...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan hari ini menyerahkan sumbangan sanitiser kepada lima buah...

Keluarga 69, Enggan Terikat Dengan Jantina

KELUARGA tunggang langgang. Ini yang berlaku dalam satu keluarga. Nikki dan Louise Draven telah membesarkan anak mereka yang berusia empat tahun, Star, sebagai `seseorang’ bukannya lelaki.

Keluarga itu yang berasal dari Middlesborough menolak jantina.

Louise dilahirkan sebagai lelaki tetapi kini mahu menukar dirinya kepada wanita manakala isterinya, Nikki pula dilahirkan sebagai wanita tetapi mahu dikenali sebagai lelaki dan wanita sekali gus.

Ada kalanya Nikki berpakaian seperti lelaki dan ada kalanya dia memakai pakaian wanita, siap bergincu dan berkasut tumit tinggi.

Jika diikutkan sejarah keluarga itu, Nikki adalah ibu kandungnya manakala Louise pula adalah bapa kandungnya.

Namun disebabkan keluarga itu pelik, mereka telah menukar gelaran di mana Nikki dipanggi bapa manakala Louise pula dipanggil ibu.


“Kami berdua tidak terikat dengan jantina ketika dilahirkan. Kami tidak mahu anak kami juga terikat dengan jantina itu. Kami hanya mahu menjadi orang biasa dan bebas melakukan apa sahaja,” kata Louise.

Star suka memakai solekan, mengecat kuku dan bermain dengan anak patung. Dia juga memakai pakaian lelaki dan perempuan.

Apabila Star memulakan persekolahan pada bulan September ini, dia akan memakai pakaian seragam lelaki namun memilih jaket dan stokin berwarna merah jambu.

Dia juga tidak pasti sama ada mahu membesar sebagai lelaki atau perempuan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori