Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Agong Perkenan Pembebasan Anwar...

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh...

Fikirlah: Siap Siaga Untuk...

KUALA LUMPUR - Tanggal 23 Februari lepas, ramai penjawat awam menarik nafas lega....

Tambahan Lebih 2,000 Kosa...

ALOR SETAR - Lebih 2,000 kosa kata bahasa isyarat bagi penggunaan golongan pekak...

“Ketagihan Permainan Video” Penyakit...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin mengklasifikasi "ketagihan permainan video" atau "gaming...

Kempen Quran Hour Dorong Generasi Celik Al-Quran

KEMPEN World #QuranHour memasuki edisi ketiga pada tahun ini. Bersempena acara itu, Rosyam Nor selaku Ikon Rumah Ngaji ada buat sedikit kelainan bagi mempromosikan kempen tersebut.

Semalam, berlangsungnya pendakian 2,200 anak tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) oleh Rosyam serta 20 peserta lain termasuk wakil media.

Program Climb for #QuranHour ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat netizen untuk sama-sama membaca dan mempelajari Al-Quran.

Rata-rata netizen menyokong program ini dan menyifatkan ianya sesuatu yang bagus kerana dapat mendidik anak-anak kecil terutamanya untuk belajar mengaji dari kecil lagi.

Ada juga mengagumi apa dilakukan Rosyam dalam perjuangan ini. Jika diikutkan, semangat dan usaha Rosyam untuk belajar tentang Al-Quran waima khatam apabila sudah lewat usia patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

Perkara ini juga dapat dilihat semasa program Satu Jam Bersama Al-Quran yang diadakan pada 19 Jun lalu. Bukan sahaja dihadiri oleh orang awam, malahan semua lapisan masyarakat termasuk VVIP turut menyertainya.

Pelawak terkenal Shamsul Ghau Ghau antara yang menyokong kempen ini dan menyatakan nikmat membaca Al-Quran harus dinikmati oleh semua umat Islam.

Please listen to what Hj Shamsul Azahar Aliddin said

A post shared by World #QuranHour (@worldquranhour) on


“Al-Quran ini akan menjadi pembantu, lawyer dan peneman kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar.

“Saya cuba sampaikan benda ini supaya orang ramai dapat merasakan nikmatnya membaca Al-Quran,” katanya di laman Instagram.

Ada benarnya kata-kata Shamsul itu, kalau tidak masakan orang Kristian pun nak belajar dan faham tentang Al-Quran.

Sebenarnya, program ini bukan sahaja dapat memupuk cinta akan al-Quran, malahan ia dapat melahirkan generasi celik Al-Quran di Malaysia sebagai mencerminkan imej negara Islam itu.

Jadi, sama-sama kita sokong program ini beramai-ramai di Dataran Merdeka pada 31 Ogos akan datang. –MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori