Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

“Kami Hanya Berentap Di...

PARIS - Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens berkata, hubungannya dengan rakan baik...

Harus Bukan Islam Agih...

BUTTERWORTH - Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan...

Polis Selesai Ambil Keterangan...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul...

ADUN Rembia Nafi Minta...

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mendakwa akaun...

Kenyataan Balas Que Haidar Kepada Aziz M. Osman

BARU-BARU ini kecoh apabila pelakon-pelakon senior bersuara dengan lambakan pelakon-pelakon baharu yang khabarnya mereka tiada ilmu lakonan dan ‘kayu’.

Terdahulu Que Haidar ada mengutarakan pendapatnya menerusi satu posting Facebook di group Movie Addict. Kemudian giliran Aziz M. Osman pula bersuara dengan kenyataan pelakon baharu dan lakonan ‘kayu’.

Baca: Que Haidar ‘Sound’ Pelakon ‘Kayu’ Join Kelas Lakonan

Juga: Aziz M.Osman Bidas Pelakon Lama, ‘Dulu Dia Pun Sama’

Semalam, nampaknya Que Haidar memuat naik satu tweet balas terhadap sindiran yang dilemparkan oleh Aziz M. Osman.

Que mempersoalkan sama ada dengan title pelakon baharu yang dipegang mereka membuatkan mereka tidak layak ditegur dan mereka tidak perlu berbuat apa-apa untuk perbaiki diri.

Menerusi tweet ini, Que tampil mempertahankan pendiriannya yang berpendapat bahawa pelakon-pelakon baharu ini perlu menjalani kelas lakonan bagi menjaga kualiti lakonan itu sendiri.


Terbaharu, menerusi satu posting di Instagramnya, Que telah memberi satu situasi berbeza tetapi konsepnya sama mengenai teguran daripada yang tua kepada yang muda.

Mungkin pertikaian ini dapat dihentikan apabila pelakon-pelakon kita ini meletakkan soul dalam lakonan mereka dan bukan berlakon untuk mengejar populariti sahaja. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori