Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Lawatan TMJ Ke Singapura...

 Sudah bebeberapa hari berlalu sejak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan...

TPM: Kementerian Pertahanan Diminta...

Kementerian Pertahanan diminta memobilisasikan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa bekalan makanan...

Pembunuh Bersiri Bangga Kerana...

KURANG AJAR… Seorang pembunuh upahan yang telah merogol dan membakar salah seorang mangsanya,...

Punca Kebakaran Tahfiz Masih...

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar dan 2 tenaga pengajar dilaporkan maut dalam...

Kerajaan Akan Lancar KR1M 2.0 Dalam Masa Terdekat

JEMPOL – Kerajaan akan melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dalam masa terdekat untuk membantu menangani kos sara hidup rakyat, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, kementeriannya masih belum menentukan kriteria yang perlu dipatuhi operator baharu yang berminat mengendalikan program itu.

“Saya tidak boleh nak umumkan lagi macam mana kita nak buat tapi yang pastinya kita akan berbincang semula dengan MRT Retail Sdn. Bhd. (pengendali KR1M sekarang) iaitu anak syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd.

“Paling mustahak ialah apabila dia (pengendali KR1M) kata tak mampu lagi, maka kita carilah orang baharu yang menentukan program KR1M ini akan menjadi suatu yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang,” katanya.

Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Sayap UMNO Bahagian Jempol, di sini hari ini.

Hamzah turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan tidak membantu pengendali KR1M, sebaliknya berkata banyak yang telah kerajaan lakukan untuk memastikan program itu berjaya di seluruh negara.

“Kita beri bantuan untuk bangunkan kawasan di sekitar KR1M di seluruh negara. Kalau dia kata tiada bantuan, tak betullah,” katanya.

Terdahulu, Hamzah berkata beliau bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menamatkan kontrak pengendali KR1M yang didapati jual barang lebih mahal daripada harga pasaran.


“Kita nak supaya KR1M 2.0 ini lebih hebat yang boleh bantu rakyat Malaysia.

“Saya dah berbincang dengan jemaah menteri dan mereka bersetuju dengan cadangan saya cuma tunggu kriteria macam mana, dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

KR1M yang diilhamkan Najib pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan.

Bagaimanapun baru-baru ini, pengendalinya, Mydin dilaporkan mendakwa syarikat itu mengalami kerugian besar mengendalikan KR1M.

Laporan itu menyusuli kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang mahu kontrak pengendali KR1M ditamatkan. – BERNAMA

Kategori