Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perlawanan Persahabatan Kedah, Krabi...

KUALA LUMPUR - Perlawanan persahabatan antara pasukan Kedah dengan Krabi FC dari Thailand...

Pekerja Asing Belasah Polis,...

SEORANG anggota polis cedera parah selepas dibelasah sekumpulan pekerja kilang warga asing yang...

Ada 279 Halaman Dalam...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan beliau memerlukan masa untuk...

CUEPACS Sokong Kepimpinan Datuk...

KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini...

Kerajaan Bantu Belia Pertanian Miliki Kediaman

KUALA LUMPUR – Golongan belia luar bandar yang telah berkahwin kini berpeluang  untuk memiliki rumah sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara (RBN) yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensi yang dipertangungjawabkan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Risda dalam kenyataan hari ini berkata melalui skim itu, belia yang tidak mempunyai slip gaji dan bekerja  sendiri dalam sektor pertanian seperti perladangan, perniagaan atau aktiviti agro pertanian layak untuk  memohon pembiayaan pinjaman RBN.

“Pembinaan RBN memberi peluang kepada belia luar bandar yang secara umumnya daripada komuniti pertanian dan tidak mempunyai rumah terutamanya mereka yang sudah berkahwin.

“Mereka yang layak akan dibiayai oleh Agrobank menerusi pembiayaan yang bakal dilancarkan nanti,” kata kenyataan itu.

Sebelum  ini, KKLW dan Risda telah mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agrobank bagi memudahkan permohonan pembiayaan pinjaman RBN melalui produk pembiayaan khas yang akan dilancarkan bulan ini.

Menurut kenyataan itu, kelulusan pembiayaan adalah mengikut prosedur sedia ada permohonan RBN yang antaranya memerlukan pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, mempunyai bukti kukuh sumber  pendapatan yang disahkan oleh pemimpin tempatan untuk aktiviti pertanian yang diusahakan.


“Permohonan ini akan dinilai secara menyeluruh serta tertakluk kepada kelulusan pembiayaan pihak  Agrobank berdasarkan maklumat yang disertakan.

“Setakat ini, Risda menerima 2,089 permohonan, 849 dalam proses kelulusan dan menerima 213 permohonan tanpa slip gaji,” kata kenyataan itu.

Pada pembentangan Bajet 2017 tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sejumlah RM100 juta bagi projek RBN untuk dibina di atas tanah pemohon dengan spesifikasi tiga bilik tidur dan dua bilik air yang berkeluasan 700 kaki persegi.

Melalui insentif itu, RBN hanya dijual pada harga RM45,000 berbanding harga asal RM65,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM85,000 di Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Risda

Kategori