Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemuda PAS Tuntut Nga...

KOTA BAHARU - Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menuntut anggota Parlimen Taiping,...

Nota Terakhir Suami Buat...

Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang. Awak sentiasa tahu Yat tak akan...

Polis Lulus Himpunan Pertahan...

KUALA LUMPUR - Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang akan diadakan di...

Tukar Agama: Undang-Undang Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri...

Kerajaan Malaysia Kesal Silap Cetak Bendera Indonesia

PUTRAJAYA – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, bagi pihak Kerajaan Malaysia, memohon maaf kepada kerajaan Republik Indonesia berhubung penyiaran gambar bendera Indonesia secara terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan hari ini berkata: ”Bagi pihak Kerajaan Malaysia, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ingin menzahirkan perasaan kesal kami mengenai kesilapan tidak disengajakan oleh Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) dalam penyiaran gambar bendera Indonesia dalam buku cenderamata upacara perasmian Sukan SEA Ke-29 yang berlangsung semalam.

“Sehubungan itu, kami ingin memberi jaminan kepada Kerajaan Republik Indonesia bahawa segala langkah telah diambil untuk menangani kejadian malang itu.”

Anifah berkata Malaysia amat mementingkan hubungan persaudaraannya yang rapat dan mendalam dengan Indonesia.


“Sesungguhnya, sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun ini, merupakan detik yang sama-sama kita nantikan untuk meneguhkan lagi penghayatan kita terhadap nilai, budaya dan masa depan kita bersama.

“Dengan berlandaskan semangat inilah, kami berharap dan percaya bahawa kedua-dua negara kita akan terus berinteraksi secara rapat dan sambil itu, mengukuhkan lagi hubungan antara kita dan di rantau ini secara umumnya,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori