Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Semua Naik Kereta Terbang,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bersedia untuk membangunkan sebarang projek mengenai kereta terbang...

Ini Kata Ibu Ronaldo...

IBU Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara selepas perpindahan anaknya bernilai £99.3 juta (RM526.5 juta)...

Pengawal Keselamatan Cederakan Rakan...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah...

Renjatan Elektrik Berlaku Akibat...

Kota Bharu : Polis mengesahkan kematian tiga beradik di Kampung Bendang Surau, dekat...

Kes FIC: Bekas CEO & Pegawai Khas Bebas Reman

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC) dan bekas pegawai khas kepada bekas Pengerusi Felda yang direman berhubung kes siasatan pembelian hotel di London dan Kuching, dibebaskan Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pembebasan kedua-dua individu itu dengan bon jaminan masing-masing sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin.

Bekas CEO terbabit ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lapan hari bermula 1 Ogos lepas bagi membantu siasatan pembelian hotel oleh FIC di Kensington, London pada 2014.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada pukul 9.20 malam 31 Julai lepas, ketika memberi keterangan hampir 12 jam di Ibu pejabat SPRM Putrajaya, di sini.

Bekas pegawai khas itu pula turut ditahan reman selama lapan hari bermula 1 Ogos lepas bagi membantu siasatan pembelian sebuah lagi hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak, juga pada 2014.


Lelaki berusia 51 tahun itu dibawa dari rumahnya di Kuala Lumpur pada 12.30 tengah malam, 1 Ogos lepas ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan sebelum ditahan pada pukul 4 pagi.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Kategori