Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada...

Syor Khairy Bertanding Di...

SEREMBAN : Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dialu-alukan jika berminat bertanding di...

‘Flight Delay’, PC Istimewa...

SIDANG media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat...

Mahkamah Benar Pelepasan Sementara...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad...

Kes Hotel FIC: SPRM Tidak Beku Aset Isa

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum lagi bertindak membekukan segala aset milik mantan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pada ketika ini pihaknya sedang menunggu maklumat lengkap daripada pegawai pasukan penyiasat sebelum mengambil tindakan lanjut.

Beliau malah berkata, sejak sebulan isu pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) disiasat, pihaknya telah merakamkan lebih 40 keterangan daripada pelbagai pihak.

“Saya tidak kata beliau (Mohd. Isa) ambil duit… jangan buat sebarang spekulasi kerana siasatan sedang dijalankan. Kita mungkin akan memanggil beberapa lagi individu lain pula untuk mengambil kenyataan mereka,” kata Azam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Lafaz dan Mendatangani Ikrar Bebas Rasuah Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim di sini.


Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad. Mohd. Isa hari ini direman lima hari bagi membantu siasatan kes pembelian dua buah hotel berkenaan.

Beliau dipercayai menyalahgunakan kedudukan dalam kes pembelian hotel oleh FIC yang lebih daripada harga pasaran semasa. Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 16 Akta SPRM 2009. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori