Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hakim Wanita Muslim AS...

NEW YORK - Mayat individu kulit hitam yang merupakan hakim wanita pertama Muslim...

Penantian 14 Tahun Alyah...

KUALA LUMPUR - Penantian selama 14 tahun penyanyi Datin Alyah akhirnya terbayar apabila...

Militan Daesh Sedia Menyerah...

MARAWI - Sebahagian militan Daesh yang dikepung di bandar ini menghantar ‘utusan’ bahawa...

Sultan Kelantan Tarik Darjah...

KOTA BHARU - Istana Kelantan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang...

Kesusahan Dorong Anak Penoreh Terus Cemerlang

PUTRAJAYA – Walaupun berasal daripada keluarga yang susah, ia tidak mematahkan semangat anak penoreh getah Nur Hanani Nor Azman untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik demi cita-citanya ingin bergelar doktor bedah bagi mengubah nasib keluarganya.

Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu yang mana kakak sulungnya merupakan orang kurang upaya, Nur Hanani, 16, dari Rantau Panjang, Kelantan, disara ibu yang bekerja sebagai penoreh getah setelah ibu bapanya bercerai sejak beliau berumur tujuh tahun.

Beliau yang merupakan antara penerima Peneraju Tunas Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera memperoleh 10A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun lepas.

Nur Hanani yang dibiayai Yayasan Peneraju sejak 2014 kini merupakan pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan.

“Saya berharap akan dapat 9A dalam SPM tahun depan. Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar bedah. Ia adalah kerja mulia agar dapat terus membantu orang lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku #iniceritasaya di sini hari ini.

Nur Hanani juga merupakan seorang daripada peserta Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang kisah kejayaannya diterbitkan dalam koleksi #iniceritasaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum itu melancarkan  edisi kedua  #iniceritasaya yang berkongsi pengalaman dan kejayaan peserta yang menyertai Program Peneraju Tunas di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Nur Hanani berkata selain menerima biasiswa, program Peneraju Tunas turut mewujudkan program pemupukan dan pembangunan diri setiap kali cuti sekolah panjang yang akan memanfaatkan penerima.


Sementara itu, Muhammad Fajrul Omar Muhamad Ridzuan, 23, turut berkongsi kisah kejayaannya selepas mengikuti program Yayasan Peneraju.

Lepasan Diploma Kejuruteraan Marin Elektrik dan Elektronik itu menganggur hampir lebih setahun selepas diberhentikan dari sebuah syarikat minyak dan gas pada tahun 2015 dan hanya membantu kawan-kawannya ‘menjual trip’ menyelam.

Katanya setelah melihat iklan Yayasan Peneraju mengenai program ‘Peneraju Skil PADI Open Water Scuba Instructor’, beliau terus membuat permohonan untuk mengikuti kursus selama tiga bulan.

Pemuda dari Kuala Lumpur itu kini telah mengasaskan perniagaan sendiri dengan menubuhkan BlackPearl DiveTeam dengan keuntungan mencecah RM5,000 sebulan.

Selain itu, katanya, beliau mewujudkan inisiatif sendiri dengan menawarkan program zero-to-hero khusus buat mereka yang berminat untuk menjadi seorang pengajar atau penyelam skuba.

“Kini, seramai tujuh orang pelajar dalam program zero-to-hero anjuran saya sendiri dalam sukan selam skuba.  Mereka belajar dari asas sehingga ke peringkat profesional untuk menjadi seorang penyelam rekreasi,” katanya. – BERNAMA

Kategori