Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembesar Suara Masjid, Surau...

JOHOR BAHRU - Sepucuk surat berkaitan titah Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Johor,...

Kes Zika Di Singapura...

KEMETERIAN Kesihatan dan agensi Alam Sekitar (NEA) Singapura mengesahkan jumlah kes jangkitan virus zika di...

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan...

Senarai Calon Parti-Parti Di...

KUALA LUMPUR – Berikut senarai calon parti-parti politik yang akan bertanding di Perlis...

Khairul Hafiz Sedia Sertai 4X400 Sukan SEA

SHAH ALAM – Raja pecut kebangsaan Khairul Hafiz Jantan berjanji akan mempamerkan aksi terbaik sekiranya nama beliau diletakkan dalam acara 4×400 meter Sukan SEA 2017 yang bermula secara rasmi 14 Ogos ini.

Pemegang rekod kebangsaan acara 100, 200 meter dan 4x100m itu menjelaskan beliau bersedia menggalas tugas berkenaan sekiranya diberi kepercayaan oleh jurulatih pecut kebangsaan Mohd Poad Md Kassim untuk menjadi antara peserta acara tersebut.

“Bagi Khairul, kalau diberi peluang oleh jurulatih Mohd Poad, Khairul akan beri persembahan terbaik lebih-lebih lagi beraksi di depan penyokong sendiri sudah semestinya memberi lebih semangat kepada kami selaku atlet negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan pejabat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd di sini hari ini selepas menyertai larian obor Sukan SEA 2017 sejauh 6.7 kilometer yang bermula dari Kompleks Tenaga Nasional Berhad Shah Alam.

Khairul Hafiz sebelum ini disenaraikan oleh Mohd Poad untuk menyertai tiga acara iaitu 100m, 200m dan 4x100m lelaki.

Laporan media baru-baru ini bagaimanapun mendakwa nama beliau turut disenaraikan sebagai salah seorang pelari 4x400m.


Khairul Hafiz merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara pecut 100 meter menerusi catatan masa 10.18 saat, 200m (20.90 saat) dan 4×100 meter (39.62 saat).

Pada masa yang sama, anak jati Melaka ini memaklumkan prestasi beliau menjelang Sukan SEA berada dalam tahap terbaik walaupun tidak dapat berlatih di padang trek Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan untuk acara olahraga.

“Jika dibenarkan berlatih awal di situ, baguslah untuk diri Khairul dan juga rakan sepasukan yang lain, tapi kalau tak dapat pun tak apa kerana persiapan saya dan atlet yang lain sama seperti ketika menyertai kejohanan antarabangsa yang lain,”jelas Khairul Hafiz. – BERNAMA

Kategori