Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sesi Pembelajaran Melalui TV...

KUALA LUMPUR - Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian...

Jururawat Paling Ramai Terima...

PUTRAJAYA - Kira-kira 23 peratus daripada 292,104 penerima vaksin fasa pertama setakat Sabtu...

Penganut Hindu Desak Tambah...

SHAH ALAM - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyokong penuh desakan badan...

PM Nasihat Rakyat Kekal...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Malaysia...

Harap Indonesia Terus Tangani Masalah Jerebu – KJ

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap kerajaan Indonesia meneruskan langkah proaktif dalam menangani masalah jerebu di negara itu bagi mengelak ia memberi impak negatif semasa penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan ini.

Beliau berkata usaha penguatkuasaan menangani fenomena jerebu yang dilaksanakan Indonesia di kawasan-kawasan tumpuan kebakaran sehingga hari ini menunjukkan peningkatan positif berbanding 2015.

“Bila kita melihat kepada gambar satelit mengenai kawasan-kawasan ‘hotspot’ kebakaran, kebanyakannya berjaya dibendung dalam tempoh 24 jam dan saya berharap pihak Indonesia akan memastikan ia terus berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat sesi latihan atlet menembak di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) akan turut  memainkan peranan membantu memantau perkembangan jerebu bagi memastikan temasya sukan dwitahunan itu berjalan lancar. KL2017 berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

“Minggu lepas saya telah mengadakan perbincangan bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai masalah tersebut dan pihaknya sedia untuk memantau keadaan ini,” katanya.


Jerebu yang melanda negara pada 2015 dilihat sebagai yang terburuk dalam sejarah sehingga mengakibatkan sekolah ditutup manakala pener­bangan dan beberapa acara luar peringkat kebangsaan terpaksa dibatalkan.

Bulan lepas, Wan Junaidi berkata Indonesia mengambil pendekatan rapi dan memberi jaminan bahawa masalah jerebu tidak berulang di Malaysia. – BERNAMA

Kategori