Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Wajah Budak Mati Dihayun...

Maryland ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Inilah wajah kanak-kanak yang telah meninggal dunia dan mayatnya ditemui di...

Seludup Rokok Guna Jalan...

Kuala Lumpur : Kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai kembali meningkat sejak Januari lalu.Ikuti...

APMM Labuan Hantar Pesakit...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan melakukan misi ihsan menghantar seorang...

Penstrukturan Dijangka Selesai Akhir...

KUALA LUMPUR ā€“ Lebih 600 anggota dan pegawai polis yang sebelum ini berkhidmat...

Khalid Muktamad Bersara Wajib 5 September

TABIK… Di sebalik desas-desus konon tempoh Tan Sri Khalid Abu Bakar mungkin dilanjutkan secara kontrak, beliau akhirnya tampil muktamad mengesahkan tetap bersara wajib bulan depan.

Ini bermakna warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima Ketua Polis Negara ke-11 yang baharu selepas Khalid mengesahkan akan bersara rasmi selepas 40 tahun berkhidmat dalam pasukan keselamatan tersebut.

Khalid yang bakal genap berusia 60 tahun pada 5 September depan, juga mengakui tidak akan memohon untuk menyambung kontrak perkhidmatan sebagai selepas tarikh kelahirannya itu yang juga tarikh rasmi persaraannya.

“Tempoh perkhidmatan saya akan tamat pada usia 60 tahun, 5 September ini.Ā Ini keputusan saya sendiri. Sudah sampai masanya saya berehat… Timbalan ketua polis negara akan ambil alih,” tegas beliau di ibu negara hari ini.

Ketika ini, timbalan beliau, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, 59, menyandang jawatan tertinggi berkenaan sejak 1 Disember 2014 menggantikanĀ Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang bersara wajib 7 September sebelum itu.

Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan memulakan kerjaya dengan PDRM pada 1976 dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005.


Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, seterusnya Ketua Polis Selangor pada Jun 2007.Ā Kerjayanya berkembang pada 2010 apabila mula berkhidmat di Bukit Aman pula.

Beliau menjadi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada April 2011 menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.

Pada 17 Mei 2013, Khalid Ā dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-10 bagi menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori