Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

11 Mati Ditembak Dalam...

RICHMOND – Seramai 11 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya enam lagi tercedera apabila seorang...

Anak Patung ‘Hidup’ Kena...

BANGKOK - Anak-anak patung bakal mendapat layanan sama seperti penumpang lain dalam pesawat...

Bah Johor: Jumlah Mangsa...

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik apabila jumlah mangsa yang...

4 Warga Finland Edar...

ALOR SETAR - Empat warga Finland yang ditahan kerana disyaki mengedar pen dan...

“Kim Jong-un Bodoh & Anak Sundal” – Presiden Filipina

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terus mencetuskan kontroversi apabila menggelar pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebagai manusia ‘bodoh’ dan ‘anak sundal’.

Beliau lantang berkata demikian ketika berucap di mesyuarat antarabangsa menangani ujian peluru berpandu jarak jauh Pyongyang yang diadakan di Manila, pada Rabu.

“Kim Jong Un ini bodoh, dia bermain dengan mainan bahaya, bodoh,” kata Duterte kepada pegawai percukaian memetik laporan dari Free Malaysia Today.

“Si muka tembam yang nampak macam baik. Anak Sundal. Jika dia buat silap, Asia Timur akan menjadi padang jarak padang tekukur. Perang nuklear ini mesti dihentikan.

“Jika berlaku konfrontasi terhad dan meledak di sini, kesan luruhan itu akan menghabiskan kesuburan tanah, sumber asli negara dan saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita,” katanya.


Difahamkan, ini bukan kali pertama Presiden Manila itu mengkritik aktiviti nuklear Kim. April lalu, beliau mempersoalkan kewarasan pemimpin tertinggi Korea Utara itu dan menggesa Amerika Syarikat menahan diri agar tidak termakan ‘umpan’.

Terdahulu, Kim Jong Un nekad membangunkan peluru berpandu nuklear yang didakwanya mampu mengenai Amerika Syarikat. -MYNEWSHUB.CC

Kategori