Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ancaman Bom Adalah Palsu...

JOHOR BAHRU : Polis mengesahkan panggilan telefon seorang lelaki dipercayai warganegara asing yang...

Terengganu Kekal Had Umur...

KUALA TERENGGANU - Had umur minimum untuk berkahwin bagi orang Islam di Terengganu...

“Polis Kat Depan Mata...

TULAR di laman sosial rakaman enam lelaki bergaduh selepas kenderaan yang dinaiki mereka...

Sukan SEA: Venue Menembak...

PETALING JAYA - Lapang Sasar Menembak Kebangsaan yang menjadi venue untuk acara menembak Sukan SEA Kuala Lumpur...

Kim Kardashian Timang Anak Ke-3 Guna Ibu Tumpang

TIDAK lagi berupaya untuk mengandungkan zuriat tidak menghalang Kim Kardashian daripada mencapai impiannya untuk mempunyai anak lagi.

Bintang realiti ini dikatakan bakal menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

TMZ melaporkan keputusan Kim menggunakan kaedah ibu tumpang menampakkan hasil apabila wanita yang dirahsiakan identitinya itu dilaporkan sedang hamil tiga bulan.

Sebelum ini selebriti popular itu dan pasangannya Kanye West mengumumkan akan menggunakan khidmat ibu tumpang selepas Kim dinasihatkan untuk tidak lagi hamil.

Ini kerana wanita berusia 36 tahun itu mempunyai masalah kandungan luar rahim dan sekiranya dia hamil ia akan mengancam nyawanya.


Membesar dalam sebuah keluarga yang besar, Kim dalam satu temubual pernah memberitahu mahukan anak yang ramai.

“Saya mempunyai ramai adik-beradik dan saya sukakan keadaan itu dan ingin mempunyai anak yang ramai,” katanya.

Kim dan Kanye yang diberikan gelaran Kimye ini sudah pun mempunyai sepasang cahaya mata iaitu North, 4, dan Saint, 1. – MYNEWSHUB.CC

Kategori