Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Setiausaha Syarikat Didakwa Kerana...

KUALA LUMPUR - Seorang setiausaha sebuah syarikat pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Bayaran Tambahan RM1,000 Geran...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin...

Gadis Air Mineral Mohon...

GAMBAR gadis memegang botol air mineral di sebuah stesen minyak baru-baru ini menjadi...

Azmin, Penyokong Sertai GERAKAN?

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai masa depan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed...

Kim Swee Puji Anak Buah Tundukkan Myanmar

SHAH ALAM – Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee memuji anak buahnya kerana menampilkan persembahan mantap sebelum menundukkan Myanmar 3-1 pada saingan bola sepak lelaki Kumpulan A Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah di sini, malam ini.

Biarpun menang bergaya, beliau masih bimbang dengan bentang pertahanan yang melakukan kesilapan pada penghujung perlawanan sehingga membolehkan Myanmar menjaringkan gol sagu hati.

”Secara taktikal, kita bermain dengan lebih baik berbanding dua perlawanan sebelum ini serta mampu mematahkan gerakan Myanmar…sebaik sahaja mendapat rentak perlawanan, pemain kita mengawal keadaan,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Meskipun sudah layak ke separuh akhir, jurulatih itu mahu anak buahnya mengutip tiga mata penuh serta muncul juara kumpulan apabila berdepan dengan Laos pada perlawanan akhir kumpulan, di venue sama, Rabu ini.

Sementara itu, jurulatih Myanmar, Gerd Zeise ternyata kecewa apabila pasukannya gagal mengekalkan persembahan cemerlang pada tiga perlawanan sebelum ini dengan jaringan selesa.


“Ini adalah perlawanan buruk kerana pada separuh masa pertama pemain asyik hilang kawalan bola tetapi bangkit semula pada babak kedua…namun ia sudah terlambat untuk mengekang Malaysia daripada mengutip tiga mata penting.

“ Kami mempunyai rehat selama lima hari sebelum perlawanan separuh akhir dan kami akan menggunakan masa ini sepenuhnya untuk merancang corak taktik yang lebih baik demi memastikan tempat ke final,” katanya. – BERNAMA

Kategori