Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Yang Dipertua Dewan...

PETALING JAYA – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai...

Bendera PKR Tidak Kelihatan...

ADAKAH Pakatan Harapan sebenarnya sedang teruk bergolak? Inilah dapat disimpul hasil tinjauan perhimpunan...

5 EXCO Angkat Sumpah...

KUALA KANGSAR - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan mengangkat sumpah jawatan...

Budak Hilang Sejak 31...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan...

Kisah Bayi Hidap Pneumonia Akibat Asap Rokok

PEROKOK pasif membawa maksud seseorang itu yang tidak merokok tetapi secara langsung, dia menghirup asap rokok dihembuskan dari perokok di sekitarnya.

Sebab itulah banyak pesanan telah diberikan supaya tidak merokok jika di sekeliling anda secara kebetulan ada kanak-kanak atau wanita mengandung.

Seorang wanita bernama Nur Amira Bakri telah berkongsi detik cemas dalam hidupnya apabila bayinya yang baru berusia satu bulan lebih disahkan menghidap penyakit Pneumonia.

Pneumonia disebabkan keradangan paru-paru akibat non-microorganisme iaitu bahan kimia atau toksin. Ia juga berpunya apabila seseorang itu menghidu terlampau banyak wasap kimia seperti asap rokok.

Bayi wanita ini yang bernama Abdul Zafran Daniel ketika itu mengalami batuk tanpa kahak. Kemudian apabila dia mula menyusu, dia akan mengeluarkan susu itu semula.

Kejadian itu berlaku hampir dua minggu dan wanita itu mengambil keputusan untuk membawa bayinya ke sebuah hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Seteleh dilakukan imbasan x-ray, paru-paru Daniel dikatakan agak teruk dan perlu ditahan di wad Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching bagi pemeriksaan pakar.

Ketika pemeriksaan dilakukan, anak kecil ini terpaksa menanggung sakit apabila sampel darahnya sering diambil. Sudahlah masih bayi, tapi terpaksa menanggung sakit yang berpunca daripada orang lain.


Tapi syukur alhadmulillah kini Daniel sudah sembuh dan boleh menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.

Semoga perkongsian Amira ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu bapa di luar sana supaya mengambil berat tentang kesihatan anak-anak.

Juga kepada para bapa yang suka merokok, sebelum memegang anak anda, pastikan anda sudah bersihkan diri dan tiada bau rokok di badan.

Sebabnya asap rokok itu masih akan melekat lagi pada pakaian, rambut dan banyak lagi. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori