Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Dijangkiti...

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang didapati positif jangkitan virus Rabies atau penyakit...

Serangan Keganasan Moscow: Semua...

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia...

Tidak Wujud Percanggahan Jumlah...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim hari...

Kerajaan Teruskan Analisis Data...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tetap meneruskan misi menganalisis data bagi mencari lokasi pesawat...

Kit Siang ‘Berang’ Enggan Jawab Soalan Lahir Di Mana

KUALA LUMPUR – Soalannya cukup mudah hanya perlu dijawab tidak sampai lima saat tetapi ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang hari ini ternyata berang malahan berdolak-dalik apabila segera tukar topik lain.

Inilah ditunjukkan veteran politik itu apabila ditanya wartawan mengenai desakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao yang mahu Penasihat DAP itu menyatakan bukti tempat kelahirannya.

Bahkan, semasa satu sidang akhbar di bilik media Bangunan Parlimen itu, Kit Siang sebaliknya menyuruh wartawan tersebut agar konon membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum meneruskan soalan berkaitan asal-usul dirinya.

“Saya pernah jadi pemberita dan jika ada berita trash, saya akan siasat. Jadi siasat dululah, sebelum mula soal atau you reflect on you, or you reflect on your newspaper, you reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” katanya.

Apabila kemudian diasak lagi dengan soalan cepumas yang sama bagi mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Ramesh itu, Kit Siang tetap enggan menjawab seolah-olah ada sesuatu isu besar sehingga tidak perlu diceritakan.

No! No! I was a reporter. Do a basic check and if the basic check. If the reporter didn’t do a basic check, I feel very sorry.Ā Saya nasihat wartawan yang nak tanya soalan itu selidik dahulu. Bukan sahaja ahli politik kena lalui ‘test‘.

“Tetapi wartawan juga perlu lalui ‘test‘,” ujar Kit Siang. Tindakan Ahli Parlimen Gelang Patah itu amat jauh berbeza dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara terbuka pernah mengakui bahawa keturunannya berasal dari India.

Baca: Benarkah Kit Siang Bukan Lahir Di Malaya? – PMSP

Isu tempat lahir tokoh DAP itu timbul ekoran pendedahan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengesahkan identiti kontroversi Mahathir yang pernah diragui.


Untuk rekod, pembangkang sering merujuk bekas perdana menteri itu sebagai berasal dari Kerala di India dan biadab mengutuk keturunan Mahathir dengan pelbagai gelaran hina selain dijadikan bahan jenaka politik satira.

Susulan pembongkaran Ahmad Zahid itu, Ramesh semalam mengadakan sidang media khas di luar perkarangan Parlimen, mendakwa asal-usul Kit Siang juga diraguiĀ ekoran isterinya langsung tidak fasih bertutur bahasa Melayu.

Malah lebih misteri, hasil carian menerusi laman sesawang ‘Wikipedia’ pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu hijrah ke Malaysia dari China sejak tahun 1957 kemudian tiba-tiba telah diubah suai oleh pihak tertentu.

Ramesh dan beberapa individu lain berhimpun aman bagi menyerahkan memorandum untuk menuntut Kit Siang menunjukkan bukti kelahirannya di Malaysia namun ia gagal pula diserahkan kepada mana-mana ahli parlimen.

ā€œJika lahir di sini, Kit Siang sendiri di Parlimen bukan fasih sangat bahasa Melayu ketika berbahas dan kadang-kala ada kita tak faham, walhal Cina Bangsa Johor lancar bercakap Melayu,ā€ jelasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori