Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bayaran Balik Hasil Sabah:...

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap penangguhan...

SKMM Minta YouTube Turunkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menghantar surat kepada syarikat...

Pengubahan Wang Haram: ‘Datuk...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan reman selama...

Fitnah, Tohmahan Cepat Tersebar...

SANDAKAN - Kewujudan media sosial membolehkan unsur fitnah dan tohmahan lebih pantas tersebar,...

KL2017: 4 Wakil Negara Mara Separuh Akhir Muay Thai

KUALA LUMPUR – Empat atlet Muay Thai negara membawa harapan untuk menambah kutipan pingat apabila layak ke peringkat separuh akhir temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), di sini, sebentar tadi.

Mohd Ali Yaakub mara bagi kategori 54 kilogram (kg) manakala Ain Kamaruddin bagi kategori 57 kg, Tengku Sharizal Mohd Noor (67 kg) dan Muhamad Samsi Mohd Noor (71 kg) dalam saingan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

Ketua Jurulatih Muay Thai negara, Bernard Radin berkata, berdasarkan prestasi dan semangat yang ada, semua atlet mempunyai harapan cerah untuk meraih pingat emas.

Katanya, walaupun sebelum ini sasaran hanya dua pingat emas namun persembahan yang ditunjukkan atlet negara kali ini sangat memberangsangkan.

“Kita akan meneliti corak permainan semua lawan yang bakal ditemui esok untuk mengkaji strategi yang harus digunakan.

“Tetapi apa yang penting semua atlet harus terus fokus dan bersiap-sedia menghadapi lawan masing-masing di peringkat separuh akhir nanti,” katanya.

Radin berkata, setiap atlet sudah diberi pendedahan mencukupi dengan beberapa siri latihan yang diadakan di luar negara.


Sementara itu, atlet kategori 67kg, Tengku Shahrizal Mohd Noor berkata, dia akan berbincang dengan jurulatih untuk melihat corak permainan yang perlu digunakan untuk peringkat separuh akhir menentang atlet Vietnam esok.

“Seperti perlawanan hari ini menentang atlet Indonesia, saya banyak membaca permainan lawan pada pusingan pertama termasuk gerakan dan kekuatannya.

“Lawan hari ini lebih tinggi dari saya dan itu satu kelebihan kepadanya. Namun selepas dapat membaca gerakannya saya berjaya melakukan serangan yang memberikan mata termasuk menjatuhkan lawan beberapa kali,” katanya.

Tengku Shahrizal berkata dia belum mengkaji lawannya di separuh akhir tetapi bersemangat dan yakin akan melakukan yang terbaik untuk melangkah ke peringkat akhir. – BH Online

Kategori