Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guru Tegar Pembangkang Diseru...

KUALA TERENGGANU - Guru yang terang-terangan menunjukkan sokongan kepada pembangkang sehingga menyemaikan kebencian...

Ibu Rayu Sumbangan Bantu...

SIK - Seorang ibu dari Kampung Lubok Tualang, di sini, Noriza Man, 45,...

KPM Tidak Tolak Mungkin...

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan tidak menolak kemungkinan wujud elemen buli dalam kejadian...

Khairuddin Abu Hassan Sabotaj...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu...

KL2017: Futsal Lelaki Indonesia Kalahkan Juara Bertahan

SHAH ALAM – Skuad futsal lelaki Indonesia bermula garang dalam aksi pertamanya di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) hari ini apabila mengalahkan juara bertahan, Thailand 4-2.

Gol pembukaan skuad yang memakai jersi serba merah itu dijaringkan Muhammad Subhan Faidasa pada minit kelapan.

Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam yang menjadi lokasi perlawanan bergema lagi dengan sorakan penyokong skuad Indonesia apabila Syauqi Saud menambah satu lagi jaringan pada minit ke-19.

Skuad gajah putih kemudian mempertajamkan serangan pada babak kedua dan membuka jaringan pertama menerusi Jetsada Chudech pada minit ke-23.

Tidak sampai beberapa saat selepas itu, Syauqi menjarakkan kedudukan pasukan garuda dengan menyumbat gol keduanya bagi memberi gol ketiga kepada Indonesia.


Skuad Thailand menambah gol kedua menerusi Suphawut Thueanklang hasil sepakan penalti pada minit ke-39 namun lapan saat sebelum wisel penamat dibunyikan, pasukan Indonesia menyumbat gol kemenangan menerusi Alexander Benhard Larawo.

Sementara itu, Ketua Jurulatih skuad Indonesia, Yori Van Der Torren menganggap kemenangan hari ini sebagai suatu yang luar biasa hasil komitmen tinggi diberi oleh anak buahnya. – BERNAMA

Kategori