KUALA LUMPUR – Skuad silat negara beraksi cemerlang pada hari pertama pertandingan itu di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila meraih pingat emas dalam kategori seni ganda lelaki hari ini.
Pasangan negara Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif mencatat 582 mata keseluruhan untuk mengatasi gandingan Indonesia, Hendy dan Yolla Primadona Jumpil yang meraih perak dengan 554 mata.
Pingat gangsa kategori itu diraih pasangan Singapura, Muhammad Haziq Zainal Abidin dan Nujaid Hasif Zainal yang mengumpul 544 mata.
āPada awalnya kami berasa gementar kerana kami merupakan pasukan pertama yang perlu membuat persembahan tetapi kami bersyukur kerana kami berjaya melakukan satu persembahan yang baik buat penyokong kita.
āKemenangan ini khas kami tujukan buat dunia persilatan Malaysia,ā kata Rosli selepas acara akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Sebanyak 20 pingat emas dipertandingkan dalam arena pencak silat pada KL2017. – BERNAMA