Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Borhan: Sedih Lihat Mayat...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles APABILA terkenangkan kejadian menyayat hati yang berlaku 60 tahun...

Polis Akan Panggil Ahli...

ISKANDAR PUTERI - Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini...

Pembangunan Negeri Tak Bertanggungjawab...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan perancangan...

Kemenangan Selesa Suntik Semangat...

KUANTAN - Kemenangan selesa 4-0 Pahang ke atas Kuala Lumpur pada saingan Liga...

KL2017: Phoon Eyin Raih Perak Qiangshu Wanita

KUALA LUMPUR – Atlet wushu negara, Phoon Eyin terpaksa berpuas hati dengan pingat perak bagi acara qiangshu wanita sukan wushu temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Selepas meraih perak bagi acara jianshu semalam, atlet berusia 21 tahun itu sekali lagi dikecewakan oleh wakil Vietnam, Duong Thuy Vi dalam saingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

Thuy Vi berjaya mengumpul 9.67 mata untuk merangkul pingat emas, hanya kelebihan 0.01 mata di hadapan Phoon Eyin untuk pingat perak keduanya pada temasya kali ini.

Keputusan ini bagaimanapun menyaksikan Eyin memperbaiki pencapaian di Singapura, apabila meraih pingat gangsa.

Penyandang juara, Oo Sandy sekadar meraih gangsa pada temasya ini selepas mencatat 9.65 mata. – BH Online

Kategori