Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Selepas MAS, Giliran Proton...

SELEPAS MAS, Giliran Proton Bikin Pembaharuan! Geely Automobile dan Proton Holding sudah menandatangani perjanjian bagi...

E-Shisha Mula Jadi Trend...

GEORGE TOWN - Aktiviti seorang murid perempuan menjual rokok elektronik berperisa jenis pakai...

PATUT Sokong Cadangan TPM...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) menyambut baik cadangan Timbalan Perdana...

“Abang Tak Bagi Signal,...

TIDAK menggunakan lampu signal semasa membelok atau menukar laluan merupakan antara salah satu penyumbang...

KL2017: Skuad Recurve Wanita Negara Raih Emas

KUALA LUMPUR – Skuad recurve wanita negara mendedikasikan pingat emas Sukan SEA yang dinanti-nantikan sejak 12 tahun lalu kepada seluruh rakyat Malaysia selepas menang ke atas Indonesia di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017), hari ini.

Kali terakhir skuad recurve wanita meraih pingat emas acara berpasukan adalah pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina.

Kemenangan 5-1 ke atas Indonesia oleh gandingan Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nur Amalia Haneesha Mazlan itu mendapat gorakan gemuruh oleh penyokong sebaik sahaja keputusan diumumkan di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kemenangan ini kami dedikasikan kepada semua rakyat Malaysia termasuk ibu bapa, jurulatih, penyokong dan rakan sepasukan,” kata Nur Afisa, 19, antara anggota skuad recurve berpasukan wanita yang meraih pingat gangsa di Singapura.

“Memang tidak jangka pingat emas tapi ini adalah sesuatu yang kami idamkan. Kemenangan ini adalah hasil usaha dan sokongan rakan sepasukan, jurulatih serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Nur Aliya yang sudah bersama skuad kebangsaan sejak lima tahun lepas, berkata kemenangan hari ini merupakan pencapaian terbaiknya.


Katanya, walaupun sudah meraih emas, mereka tidak boleh mendabik dada sebaliknya masih banyak teknik yang perlu diperbaiki untuk memperoleh pencapaian lebih tinggi.

Ini merupakan penampilan pertama di temasya dwitahunan terbesar di Asia Tenggara buat pemanah Nur Amalia Haneesha.

Pingat gangsa acara recurve berpasukan wanita diraih oleh pasukan Filipina. – BERNAMA

Kategori