Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PAN Atur Strategi Rampas...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menawarkan Kelantan menjadi sebuah negeri berasaskan...

Tarikh Lihat Anak Bulan...

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 20 April...

Mahkamah Tolak Permintaan Najib...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa...

Hina Nabi Muhammad: Laporan...

KUANTAN - Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan hari ini membuat laporan polis terhadap...

KL2017: Thailand Cipta Dua Hatrik Benam Myanmar

SHAH ALAM – Thailand, juara bertahan futsal wanita mempamerkan permainan penuh dramatik pada Sukan SEA Kuala Lumpur dengan dua pemainnya mencipta hatrik untuk membenam Myanmar 10-2 dalam perlawanan kedua pusingan round robin di Kompleks Sukan Panasonic di sini, hari ini.

Dua hatrik itu dicipta Jiraprapa Nimrattanasing pada minit ke-12, ke-13 dan ke-24 manakala Sasicha Phothiwong pada minit ke-3, ke-18 dan ke-35.

Thailand, pemenang pada Sukan SEA Myanmar 2013 menambah dua lagi jaringan menerusi Darika Peanpailun pada minit ke-5 dan ke-32.

Pasukan dibimbing ketua jurulatih Udom Taveesuk itu memperoleh dua lagi gol menerusi ketua pasukan Jiraprapa Tupsuri dan Jenjira Bubpha masing-masing pada minit ke-25 dan ke-34.

Dua gol Myanmar disumbangkan Shwe Zin Aug pada minit ke-12 dan ke-19.

Pada kebanyakan masa, kedua-dua pasukan futsal lima sebelah itu mempamerkan corak permainan bertahan dalam perlawanan format round robin itu yang julung kalinya dianjurkan pada Sukan SEA.


Empat tahun lepas pada Sukan SEA Myanmar 2013, Thailand membelasah Vietnam 5-0.

Acara futsal tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Singapura 2015.

Sementara itu, pada sidang media selepas perlawanan itu, Taveesuk berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak didiknya dan dua hatrik yang dicipta pemainnya adalah di luar jangka. – BERNAMA

Kategori